Monday, March 5, 2012


Pastinya Azizan selaku MB Kedah dan Pesuruhjaya PAS Negeri rasa tercabar dengan keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat memaksa kedua-dua timbalannya yang tidak sehaluan dengannya dan sering menyusahkannya dalam membuat keputusan dalam kerajaan negeri menerima kembali jawatan yang dipegang oleh mereka.

Keputusan ini terpaksa dibuat oleh PAS Pusat walaupun mendapat tentangan dari pihak Azizan dan juga kedua-dua timbalannya memandangkan PRU yang semakin hampir. Persepsi mengenai krisis dalaman PAS Kedah yang tidak akan selesai dan hanya akan merugikan rakyat harus diatasi. 

Rasa tidak puas hati timbul apabila keputusan PAS Pusat kepada kedua-dua timbalan Azizan umpama menyuruh menjilat balik ludahan mereka..Apa yang mereka mahukan ialah Azizan digugurkan dari jawatan MB Kedah dan Pesuruhjaya PAS tetapi malangnya sebaliknya yang berlaku..

Oleh sebab itu PAS Pusat terpaksa mewujudkan subuah jawatankuasa pemandu bagi memantau masalah ini supaya tidak menjadi lebih besar kerana walaupun kedua-dua timbalan Azizan menerima kembali jawatan tersebut..mungkin kerana faktor calon untuk pilihanraya yang akan datang..EP yakin gerakan untuk menjatuhkan Azizah sebagai MB Kedah pasti akan digerakkan secara halus...Hakikatnya PAS kedah hanya menunggu masa untuk hancur...


PAS mengumumkan hari ini bahawa dua orang anggota exco kerajaan Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh perlu menerima semula jawatan berkenaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut diputuskan demikian dalam mesyuarat khas di antara pemimpin berkenaan Sabtu lalu, termasuk bersama pesuruhjaya negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mesyuarat tertutup itu diadakan untuk membincangkan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur Khamis lalu gagal menemui jalan penyelesaian.

Mustafa berkata, PAS "optimis" bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan akan berbuat demikian bagaimanapun parti itu masih belum mendengar maklum balas daripada kedua-dua pihak berkenaan.

Ismail juga tidak hadir ke mesyuarat tersebut, katanya.

Mustafa juga enggan membuat andaian sekiranya Phahrolrazi dan Ismail tetap enggan mengangkat sumpah sebagai anggota majis mesyuarat kerajaan negeri.

Selain itu, Mustafa berkata PAS juga akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk membantu kelicinan pentadbiran kerajaan negeri Kedah...MK

Phahrolrazi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Dr Ismail, Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri,   turut merupakan Timbalan
Pesuruhjaya II PAS Kedah.

Difahamkan mereka enggan menerima lantikan itu kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini. Mereka berdua juga dikatakan tergolong dalam kumpulan Anwarinas..

2 comments:

Anonymous said...

mahfuz omaq tak melompat ka???

pas sesat pusat kena hormat jugak bakal PM(MAMPUIH OMAQ)...

pejuang hamas...

Anonymous said...

Perol tu dah nampak PAS takleh menang PRU13, jadi nak merasa jadi MB sebelum gulung tikar. Tu sebab kena guling Azizan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.