HOT : APA SUDAH JADI...KERAJAAN LANGIT AYAH PIN KEMBALI AKTIF...


Tapak perkampungan Ayah Pin, pengasas ‘Kerajaan Langit’ di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dilihat berkembang semula, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ajaran diisytiharkan sesat pada 1986 itu sudah kembali aktif. 

Tinjauan mendapati kawasan perkampungan itu ada kira-kira 150 rumah berbanding tidak sampai 50 rumah pada zaman kemuncaknya 10 tahun lalu.
Di kawasan itu juga terdapat tiga kubur iaitu kubur isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Remeli, 68, seorang bekas pengikutnya serta kubur menantu Ayah Pin, iaitu Hasan Anak Rimau.
Beberapa penduduk di Kampung Batu 13, yang enggan mendedahkan nama mereka mengakui Ayah Pin pulang menziarahi jenazah isterinya, tetapi terus menghilangkan diri menaiki kereta mewah selepas Che Minah dikebumikan. 

Kawasan perkampungan Ayah Pin yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama ke Kampung Keruak di sini, dikawal rapi sekumpulan belia dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan. 

“Beberapa pengikut Ayah Pin ada meminta kebenaran untuk mengebumikan jenazah Che Minah di tanah perkuburan Islam berhampiran perkampungan itu, tetapi tidak dibenarkan penduduk kerana arwah dan tiga lagi madunya termasuk Ayah Pin pernah mengisytiharkan keluar daripada Islam pada 1998. 

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini. 
“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” katanya. 

Bagaimanapun, usaha Berita Harian untuk merakamkan gambar kawasan terbabit dihalang oleh beberapa belia yang ditugaskan untuk mengawal dan mengawasi perkampungan berkenaan. 

“Jika nak rakam gambar, perlu minta kebenaran daripada Kak Yah, (isteri keempat Ayah Pin, Nik Kamariah Nik Par), tetapi dia tidak ada di rumah ketika ini. 

“Tanpa kebenaran Kak Yah, kami tidak benarkan sesiapapun merakamkan gambar di sekitar perkampungan ini, jika tetap berdegil kami terpaksa merampas kamera,” katanya.

**Ramai yang mempersoalkan kenapa Ayah Pin masih bebas berkeliaran dan tidak dikenakan tindakan undang-undang sedangkan secara terang-terang Ayah Pin menyebarkan ajaran sesat melalui kerajaan langitnya satu ketika dulu..EP harap pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin sebelum ianya merebak...

HOT : APA SUDAH JADI...KERAJAAN LANGIT AYAH PIN KEMBALI AKTIF... HOT : APA SUDAH JADI...KERAJAAN LANGIT AYAH PIN KEMBALI AKTIF... Reviewed by Empayar Pemuda on 11:35 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.