Monday, March 19, 2012

Menarik dari akak @nilai...jom layan..
Pandai pulak ayah 'raba-raba' ni suruh orang tutup-tutup.  Bila kena kat batang hidung sendiri baru gelabah semacam.  Memang bagus sangatlah tu.  Bila Karpal Singh menjerit mengkritik keputusan jawatankuasa disiplin parti itu yang membebaskan Ramasamy daripada tuduhan melanggar tatatertib parti, LGE mula panik.  
Semua orang boleh nampak dan tahu berlakunya krisis dalaman parti yang amat besar yang melibatkan dua pemimpin utama DAP iaitu Karpal dan Ramasamy.  Kedua-duanya ada penyokong tersendiri.  LGE mintak Karpal Singh tutup mulut dan membuat perbincangan secara tertutup dengan Ramasamy.  Dia takut isu itu akan digunapakai oleh orang BN untuk menghentam DAP.
Pada akak, nak takut apanya kat orang BN?  Setakat nak hentam, rasanya bukan isu besar dan boleh menjatuhkan DAP.  Tapi kalau dua-dua orang kuat DAP tu sabotaj satu sama lain masa PRU ke 13 nanti dan tak nak mengundi geng itu dan geng ini, memang itu yang patut LGE risaukan.  Walaupun LGE begitu yakin yang 90% orang India Pulau Pinang sokong DAP, tapi kalau depa tak keluar mengundi, apa akan jadi? 

Lantak pi kat depa lah.  Karpal Singh tu dah terlalu besar kepala sampai tak boleh ditegur dan apa sahaja yang dia mintak, dia mahu parti tunaikan.  Diakan Pengerusi!  Padahal dulu dia jugak yang kata dia serahkan isu Ramasamy kepada DAP dan suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.  Kata Karpal:  "Kami akan selesaikan perkara ini secara dalaman. Saya boleh andaikan bahawa tindakan tegas akan diambil, walaupun setinggi mana pun kedudukan anda, jika melanggar arahan tutup mulut "  Itu dulu.  
Tapi bila keputusan jawatankuasa disiplin parti itu membebaskan Ramasamy dan tidak menyebelahi kemahuan Karpal Singh, mulalah Karpal meroyan sakan.  Dari tertutup dah mula terbukak.  Baguslah tu.  Orang Penang boleh nampak macammana celarunya pemimpin yang depa duk pilih.  Langsung tak konsisten.  Cakap tak serupa bikin.  Kita tengok je la camana depa nak selesaikan masalah depa. seterusnya

1 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.