Wednesday, March 14, 2012

HOT : APA HAL ANWAR SEMAKIN GELABAH???



UMNO Selangor mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan hubungannya dengan beberapa pihak termasuk golongan neo konservatif Yahudi dalam usaha menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, bukti yang diperoleh sudah disahkan kesahihannya melalui sumber dalaman PKR dan hasil risikan UMNO sendiri.

Katanya, antaranya surat yang dihantar Anwar kepada bekas presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, ahli kongres dan senator negara berkenaan, ahli politik negara Eropah dan pemimpin Bank Dunia.

Mohd Zin berkata, pihaknya juga berjaya memperoleh beberapa modul yang digunakan pada pilihan raya termasuk pilihan raya kecil terdahulu yang disediakan badan asing.

“Sebuah yayasan yang beroperasi di Jerman mempunyai hubungan dengan golongan neo konservatif Yahudi di Amerika Syarikat menyerap ke Malaysia melalui cabangnya di Asia dengan menggunakan landasan dialog politik, sejak 1990-an lagi.

“Peranan utama yayasan itu lebih kepada sumbangan dana dan latihan modal insan. Ia dipercayai menerima dana daripada sebuah lagi badan tidak berkepentingan kewangan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, yang juga mempunyai hubungan dengan Anwar.

“Satu cabang badan tidak berkepentingan kewangan berkenaan yang juga terbabit secara langsung membantu Anwar dari segi dana dan idea selain yayasan berkenaan, sebuah badan pemikir yang turut menyediakan manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan seterusnya menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Mohd Zin berkata, manual yang dinamakan buku panduan perancangan kempen politik itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk proses pilihan raya di Malaysia.

Katanya, antara kandungan manual itu termasuk menyebarkan dakyah bahawa Malaysia tiada kebebasan media dan kebebasan beragama.

4 comments:

freemalaysiakini said...
This comment has been removed by the author.
freemalaysiakini said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA freemalaysiakini2

Anonymous said...

Cikgu"S"said
Kami sebagai rakyat jelata mencadangkan kepada kerajaan agar mendedahkan melalui media elektronik seperti RTM,TV3 dan Astro segala kegiatan curang Anwar Ibrahim termasuk sekendal sexnya secara bersiri supaya dapat membuka mata seluruh rakyat dikota dan desa siapa Anwar itu sebenarnya.
Orang macam ini sangat bahaya kepada agama,bangsa dan negara!
Anwar hanyalah seorang anwar sebenarnya.Kita yang jumlahnya berjuta ini tidak harus takut dengan seorang Anwar.Dia tidak akan dapat pertolongan Allah.Percayalah!

Anonymous said...

WALAUPUN DIDEDAHKAN MELALUI MEDIA ELEKTRONIK/CETAK PENGIKUT TEGAR TIDAK AKAN PERCAYA,SEBAB TELAH DITANAMKAN DLM MINDA MEREKA SEMUA ITU ADALAH FITNAH & PEMBOHONGAN SEMATA2.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.