Tuesday, March 20, 2012



Pakar akademik menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi akan memecah belah umat Islam.

Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, tindakan Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat dan ia lebih kepada motif politik.

Katanya, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.

“Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalau penduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis. Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis.

“Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam. Selama saya mengenalinya, Hadi tegas dan kenapa tunduk pemimpin sokong musuh Islam,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.

Menurutnya, Hadi perlu memperjelaskan perkara sebenar dan tidak gentar kenyataan pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi atau Zionis.

Sebagai ulama, Hadi perlu bercakap benar walaupun ia pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihan raya akan datang semata-mata demi perjuangan agama

5 comments:

Anonymous said...

akibat dari kenyataan bersifat politiklah dalam isu2 agama ramai penyokong parti pas menjadi sesat, ditambah dengan ketaksuban terhadap pemimpin mereka jadi apa yang diucap akan di telan bulat2.

Aku Sayang Tun Mahathir said...

..kalau tak MUNAFIKUN..bukan PAS namanya......

Aku Juga Sayang DS Najib said...

..Hadi tengah memperbanyakkan pengikutnya di Neraka Jahanam......!!!!

Ahlul PAS bodo follow...!!!!!

Anonymous said...

anon 5.32.
apa hak kamu kata hadi tengah memperbanyakan pengikutnya(bermaksud ahlul pas) di neraka hahanam.
kamu telah menghina nabi al nicky ajis walselipar al babibun kerana menafikan yg penganut agama pas semua nya masuk sorga...
kamu jgn buat penganut agama pas marah,mereka bolih doakan supaya kita pecah perut.

Anonymous said...

Ha3

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.