Tuesday, March 6, 2012



"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim).


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu pengundi-pengundi Melayu Islam memberi kepercayaan kepada parti itu untuk menggantikan Umno dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.

Sambil menegaskan bahawa Pas tidak berganjak dalam perkara halal dan haram serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain, Abdul Hadi berkata, partinya mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin.

"Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli Pas yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti.

 "Pas pernah memecat Ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu-gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Marang ini berkata, apabila memerintah kerajaan negeri dan Pas memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum syarak.

Katanya, penganut-penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

"Umno pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli Umno yang mengerjakan maksiat kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya," kata beliau lagi.

"Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam  kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya  kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam Umno tidak mampu menjadi model Islam dan Umno gagal mendidik Melayu Islam menjadi contoh yang baik," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, Pas pernah bersama kerajaan campuran dengan Umno di awal tahun 70-an dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat Pas tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Kata Abdul Hadi lagi, Pas telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN.

"Contohnya Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong Umno Melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC.

"Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah," kata Abdul Hadi lagi.

Malah menurut beliau, Pas juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walaupun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.

Katanya lagi, dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada Umno memimpin negara dengan gagasan BN, yang banyak kelemahan dan penyelewengan serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

7 comments:

Anonymous said...

Konpem Munafiq nih! Tobat lahom kami tak mau pangkah Pas dah paih niee !

Anonymous said...

Baik punya...sesiapa sahaja ahli Pas yg mengerjakan perkara haram akan dipecat drp parti?? Laa apa tak pecat Mat Sapu balon Norma bini org, apa tak pecat Saipul Adun Selising yg balon bini org dlm keretapi(oops n.ajis dah kasi ampun)..putar belit juga..ular dlm benak..betul hamPAS

pok ngah nik ajis said...

ape nak digelorkan lagi...memang munafik,musyrik,fasik,futurestik, fantastik,plastik,fanatik. kinetik...entah apa lagi siOstaz ni nak digelorkan....

Itulah kalau Agama diPolitikkan dengan nafsu dan fatwa sendiri...sedangkan ajaran islam itu sumur lagi sempurna bagi melahirkan seorang mukminin...

Mari kita imbas kembali Imam Ahmad yg diseksa hanya tidak mahu jadi Kadhi/Mufti...

Anonymous said...

Jenis2 manusia...

1) Yg beriman
- beriman (percaya) dgn rukun iman dan beramal dgn rukun islam

2) Yg kurang iman
- beriman dgn rukun iman tetapi tidak beramal dgn rukun islam

3) Yg kufur
-Tidak beriman dgn rukun iman dan tidak beramal dgn rukun islam

4) Yg munafiq
Tidak beriman dgn rukun iman tetapi beramal dgn rukun islam.

3) dan 4) apabila mati kekal dlm neraka, wa na'udzu billahi min dzaalik

Anonymous said...

kafir ahli kitab lebih baik dari ulama yg suka mencaci cerca sesama umat islam ini.

Anonymous said...

Tengok dari perkembangan semasa dalam PR,boleh percaya ke PAS nak ganti UMNO.

Anonymous said...

pas kutuk bn kata tak tahu hukum, tak tahu agama, tapi apa kes orang yang tahu hukum (kunun), tahu agama (kunun) pun buat lebih-lebih kurang saja?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.