HOT : ADA PIHAK KETIGA DIDALAM BILIK SEMASA USTAZ BADRUL DITANGKAP KHALWAT??


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan apa yang terjadi kepada pemimpin kanan PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat baru-baru ini, haruslah diserahkan kepada Mahkamah untuk memutuskannya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan sewaktu menyampaikan satu ceramah agama di Ibu Negara.



"Dari segi prinsip, masyarakat tidak boleh membuat pelbagai persepsi buruk terhadap pemimpin PKR tersebut walaupun tuan tubuh mengaku bersama-sama perempuan terbabit pada pukul 2 pagi..," kata Fathul Bari.



Walaubagaimanapun, Fathul Bari menegaskan bahawa tidak boleh untuk berdua-duaan dengan perempuan bukan muhrim biarpun dengan alasan untuk membuat kaunseling.



"Walaupun tuan tubuh (Badrulamin) menyebut hendak consult (memberi kaunseling), tapi consult tak sesuailah pada waktu tersebut.., waktu jam 2 pagi tu semua."



"Nak consult dengan perempuan dalam bilik pun tak boleh.., tidaklah bersendirian seseorang itu dengan wanita yang bukan mahramnya kecuali syaitan menjadi pihak ketiga..," ujar beliau.



Fathul Bari juga menasihatkan agar Badrulamin tidak membuat terlampau banyak kenyataan terbuka kepada media kerana dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak fitnah kepada dirinya sendiri.



Pada 25 Februari lalu, Badrulamin ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan Pahang pada pukul 3 pagi.Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang kemudiannya menghubungi penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). - UtaraNews

HOT : ADA PIHAK KETIGA DIDALAM BILIK SEMASA USTAZ BADRUL DITANGKAP KHALWAT?? HOT : ADA PIHAK KETIGA DIDALAM BILIK SEMASA USTAZ BADRUL DITANGKAP KHALWAT?? Reviewed by Empayar Pemuda on 5:04 PM Rating: 5

5 comments:

  1. pihak ketiga itu ...tak lain tak bukan adalah...iblis dan setan...yg bedrolling dok mengata kat sowang tu...bapak setan...

    ReplyDelete
  2. Itulah sebabnya....
    Adalah elok jika kita melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.....
    Walaupun niat atau tujuan kita bersih, ikhlas, jujur dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. "Anak Cina anak saya? Anak India anak saya? Bini orang?" lebih kurang kira halal jer laa... hehehe
    Baca di sini->Bini Orang Tu Ostad! Di TendangTerajang

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.