HIJAU MUKA ANWAR BILA DENGAR KATA KATA PUJIAN NI



Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon memuji konsep 1Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya sebagai visi hebat mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.

Beliau berkata, konsep 1Malaysia itu juga selari usaha pertubuhan antarabangsa itu dalam mempromosikan perpaduan untuk penduduk dunia yang berbeza agama, etnik dan budaya.

“Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, budaya. Konsep 1Malaysia yang dibuat untuk mempromosikan perpaduan masyarakat adalah satu visi hebat bukan saja untuk rakyat Malaysia, malah rantau ini.

“Ini yang PBB selama ini usahakan di seluruh dunia,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri sempena dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia di sini, semalam.

Ki-moon juga kagum dengan pencapaian Malaysia di bawah pentadbiran Najib dalam aspek kematangan politik dan demokrasi serta pembangunan sosial ekonomi negara ini.

“Malaysia adalah antara negara membangun yang boleh berkongsi pencapaiannya dengan negara lain dan saya berharap Malaysia akan terus menyediakan kepakaran dan pengalaman kepada negara lain bukan saja di rantau ini malah seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga menghargai sumbangan dan komitmen kukuh Malaysia dengan penyertaannya dalam misi keamanan di pelbagai negara bergolak sejak merdeka. Di KUALA LUMPUR, Ki-moon ketika menyampaikan ucapan khas bertajuk ‘Malaysia dan PBB Dalam Dunia Sedang Berubah’ di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini, turut memuji usaha kerajaan melaksanakan pelbagai transformasi, termasuk penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya serta pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, beliau turut menghargai usaha Malaysia menentang ektresmisme menerusi Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkan Najib, malah negara boleh bekerjasama rapat dengan Perikatan Ketamadunan PBB bagi tujuan sama.

Malah, katanya, Malaysia adalah rakan PBB dengan menyumbang kepada pelbagai usaha murni, termasuk menyertai 25 operasi pengaman di lebih 20 negara seluruh negara. BHARIAN
HIJAU MUKA ANWAR BILA DENGAR KATA KATA PUJIAN NI HIJAU MUKA ANWAR BILA DENGAR KATA KATA PUJIAN NI Reviewed by Empayar Pemuda on 12:22 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Mesti anwar tuduh najib bayar Ban ki moon juta2 utk ayat2 pujian diatas..

    mohon linkkan blog. TQ!
    http://reversebaikpunya.blogspot.com/

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.