HANYA KERANA TAK DAPAT RM 10RIBU SEBAGAI WANG TEBUSAN...ADIK DIRANG DIBUNUH DENGAN KEJAM....


Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang...hanya kerana RM10 ribu nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi korban. Dibakar hingga hangus tanpa perasaan belas kasihan...EP harap mereka yang tertangkap ini dikenakan hukuman yang berat supaya ianya dapat dijadikan pengajaran pada yang lain... 

Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.


Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.


Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.


"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.


Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.


Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.


Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.


Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan

suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

Gambar tempat dimana Dirang dibakar



HANYA KERANA TAK DAPAT RM 10RIBU SEBAGAI WANG TEBUSAN...ADIK DIRANG DIBUNUH DENGAN KEJAM.... HANYA KERANA TAK DAPAT RM 10RIBU SEBAGAI WANG TEBUSAN...ADIK DIRANG DIBUNUH DENGAN KEJAM.... Reviewed by Empayar Pemuda on 6:16 PM Rating: 5

4 comments:

  1. Mau je kenakan hukuman bakar atau kena renjat elektrik bagi membunuh kanak kanak bawah 10 tahun, itu pun ada puak DAP yg disayangi oleh PAs PKR nak mansuh hukuman gantung samapai mati..BAR COUNCIL mmg gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg smpai perjuangkan hak kebebasan sekslah..mangkuk punya idea!rata2 bar council tu semua perasan depa tu baguih sgt..ntah2 depa sokong fu*#atan rakyat sbb kalau menang,xpyh byr balik pinjaman pelajaran jpa,ptptn,mara ka..mana tau!?

      Delete
  2. sesiapa yg didapati bersalah membunuh kanak2 yg tidak berdosa ini dan juga org2 yg terlibat atau bersubahat dlm kes ini hendaklah dihukum gantung sampai mati !!

    Kpd pihak polis tolong jgn hentikan siasatan sehinggah tertangkapnya org yg terlibat itu.!!!!

    ReplyDelete
  3. kerana wang hilang pertimbangan,nyawa melayang

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.