Monday, March 26, 2012

Dia mula dah...itu ini janji nak hapuskan...Tapi kesudahannya..jadi macam penduduk kampung Buah Pala..Tertipu hidup-hidup dengan pejuang Israel ni..Tengok video ini...



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak jentera Pakatan Rakyat (PR) melancarkan ‘perang’ terhadap Barisan Nasional (BN) dan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk PR melawan dan menakluki Putrajaya demi menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Hari ini (semalam), kita datang untuk ceritakan rekod kerja dan kejayaan kita selama empat tahun PR mentadbir Selangor, Najib pula (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula datang untuk rampas negeri ini. Apa cerita? Negara kamu jaga pun banyak rasuah dan ambil projek,” katanya pada program Rapat Rakyat, di Stadium Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Dalam program yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan miskin yang melanjutkan pengajian di universiti, jika PR berjaya menawan Putrajaya kelak.

“Kita batalkan semua PTPTN anak miskin tanpa mengira kaum apabila kita tadbir. Kerajaan mesti tanggung semuanya, kalau tidak cukup wang, kena jimat elektrik dan semua.

“Anak orang kaya boleh masuk, anak menteri senang dibiayai, tetapi anak orang kampong, pesawah pula berhutang masuk universiti. Belum kerja sudah berhutang. Tidak guna saya jadi Perdana Menteri kalalu hanya bebankan rakyat miskin, malu muka saya sebagai pemimpin negara ini,” katanya.

Beliau turut berjanji untuk mengurangkan harga minyak dan tarif elektrik yang disifatkan terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat.

“Kalau hari ini pilihan raya, keputusan diketahui malam. Dalam tempoh 24 jam kita akan umumkan harga minyak seluruh negara turun.

“Kadar elektrik terlalu tinggi dan tidak adil kepada rakyat Saya sudah baca perjanjian penjana tenaga bebas (IPP) yang berat sebelah dan protauke. Jika berjaya tawan Putrajaya, saya akan panggil dan minta mereka kemukakan cadangan bagaimana hendak turunkan kadar elektrik supaya saya boleh umum kepada negara kadar elektrik negara turun,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

selagi janji tidak keluarkan modal dan cagaran semua orang boleh berjanji,tapi tau kah kita orang yg berjanji ini selalunya telah ada jawapan untuk tidak menunaikan janjinya,alasan-alasan inilah yg selalu tidak diberitahu terlebih dahulu,

Anonymous said...

Manusia mana la yg percaya sgt kat si Anwar nie..Janji dier yg lepas2x tu belum Tertunai ada hati lg nak bising2x..dier tadbir negara ni pun belum tentu rasuah tak berleluasa, belum tentu sarang pelacuran tak berleluasa..BELUM TENTU golongan miskin dier bela..dier ni pakai golongan miskin utk dier meraih undi jadi PM jer sb golongan miskin ni la yg senang kena hentak dek Skim cepat kaya..bole belah arr kaw Anwar..

Cerita Aku said...

Haha...indahnya mimpi dia...korang nak ikut...ikut lah...tapi saya takut jatuh terhempas...ahaks~~

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.