GUAN ENG KATA ORANG ISLAM RASIS KERANA PERSOALKAN PENJUALAN TANAH MASJID BAYAN MUTIARA??


Lebih 50 orang ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi secara aman di sini pada Jumaat mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid di Bayan Mutiara di sini.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Komtar membawa sepanduk dan kain rentang yang tertulis pelbagai kata-kata desakan.

Antara tulisan yang dilihat ialah 'Kembalikan Tanah Masjid di Bayan Mutiara' ,'Rakyat Mendesak Tanah Masjid Bayan Mutiara Diwakafkan' dan 'Pulangkan Tapak Masjid".

Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan itu ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang dan Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang.

Beberapa wakil pertubuhan itu kemudian naik ke Tingkat Tiga bangunan Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Marziah Mohd Mukhtar.

Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata mereka tidak puas hati dengan jawapan 'tiada komen' yang sering diberikan Lim jika isu mengenai tanah itu dibangkitkan.

"Kami minta Ketua Menteri Pulau Pinang dapat memberikan jawapan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari. Buktikan slogan 'Competency, Accountability dan Transparency (CAT)' yang selalu dilaungkan oleh kerajaan negeri tidak sekadar retorik politik semata-mata.

"Rakyat berhak tahu perkara sebenarnya," kata Mohd Rizuad ketika ditemui pemberita di lokasi perhimpunan itu.

Kontroversi tanah Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri dilaporkan menjual tanah seluas 41.5 hektar itu kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap berharga dan lokasinya strategik kerana letak berdekatan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. - BERNAMA
GUAN ENG KATA ORANG ISLAM RASIS KERANA PERSOALKAN PENJUALAN TANAH MASJID BAYAN MUTIARA?? GUAN ENG KATA ORANG ISLAM RASIS KERANA PERSOALKAN PENJUALAN TANAH MASJID BAYAN MUTIARA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:52 PM Rating: 5

6 comments:

  1. pening Khalifah Umar AA aka LGE...islam mana rasis...ulamaPas tak tarbiyah Dia ke??!....Agama Islam...Racist tu kaum@bangsa...National tu Negara...

    ReplyDelete
  2. nasib baik 50 org..dia mcm dh nk terkencing..
    Kalau 5,000 org ...x tau nk kta laa.. mngkin dia TERCIRIT kot...

    ReplyDelete
  3. menesia jenis ni bak kata syaidina Ali penuhkan tanah dalam perutnya saja baru dia tega apa itu kebahgiaan hidup.

    ReplyDelete
  4. LGE mmg Bangsat...

    zoRRo...

    ReplyDelete
  5. Jangan kutuk macam u bro,nanti member PAS marah,enkau kutuk khalifah dia!dia orang baru nak cari tok mudim,lepas u baru tarbiah.

    ReplyDelete
  6. cube kene jual tu tanah kolah cine kat negeri bawah BN...peh......macam mana? mmg Dasar Anak Pendatang (DAP)

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.