GEMPAR : WAN AZIZAH TAK SANGKA PERKARA INI BERKESUDAHAN BEGINI..NASI DAH JADI BUBUR??


Siapa yang tidak kenal Ezam Mohd Noor. Beliau merupakan orang kanan Anwar Ibrahim satu masa dulu tetapi kini telah menjauhi politik Anwar Ibrahim.

Yang nyata tidak ramai yang tangkap sebab sebenar beliau bertindak begitu.Tambah pula ia dikaburi oleh dakyah pembangkang yang terus menerus cuba menghakis kredibilitinya dengan dakwa beliau melompat kerana dibeli oleh janji pangkat dan ganjaran wang.

Toleh kiri kanan sebenarnya ramai kalangan pemerhati politik yang hairan mengapa beliau perlu tinggalkan PKR.

Adalah cakap-cakap yang mengatakan beliau berlaga angin dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Namun itu belum cukup kuat untuk mendorongnya melangkah keluar.

Sebenarnya puncanya cukup mudah dan kecil saja.Itulah selalunya berlaku dalam politik.Benda besar tidak jadi hal tetapi yang buat sangkut sampai meletop habis…hal yang kecil saja.

Ia berdetik dari naluri seorang manusia biasa yang ‘ hairan’.

Bukan kerana Azmin maupun Anwar sendiri.

Dalam hal ini Wan Azizah perlu menyalahkan dirinya.

Ini semua gara-gara panggilan telefon isteri Anwar itu dari Washington yang bernada ‘ cukup cemas’ padanya pada satu hari.Ketika itu beliau berada di rumah Anwar lama di Bukit Damansara.

Semasa dalam tempoh edah selepas dibebaskan Anwar tidak boleh aktif politik dan banyak menghabiskan masa di luar negara menjadi pensyarah undangan.

Kebetulan waktu itu Anwar kembali ke tanah air dan Wan Azizah berada di Washington.

Kalau mengikut apa yang diceritakan oleh Ezam dari perbualan telefon itu,jangan kata beliau yang sudah dewasa,budak sekolah darjah satu pun pasti akan membuat kesimpulan sepertinya bahawa ada yang ‘ tak kena’ dengan perangai bosnya itu.

Ezam menceritakan segalanya secara detail tentang perbualan telefon itu tetapi minta ia secara off the record kerana sebab-sebab tertentu - yang dapat difahami mengapa.

Itulah kata Ezam spark off keraguannya tentang Anwar dan turning point nya.

Katanya ia bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana moral.

Menurut Ezam beliau mengambil masa sekitar enam bulan check sana check sini selepas keraguan itu berbangkit tentang Anwar ekoran panggilan telefon dari Wan Azizah.

Ditanya apakah buktinya tentang perbualan telefon itu,Ezam berkata beliau sedia mencabar Wan Azizah bersumpah untuk menafikannya.

Akhirnya setelah bersemuka dengan beberapa semua sumber yang layak dipercayai untuk check termasuk yang masih aktif dalam PKR ‘tentang keraguannya’ itu beliau mengambil keputusan keluar PKR dan menyepikan diri.

Ezam memetik seorang yang cukup rapat dengan keluarga Anwar sampai ke hari ini sebagai berkata dia tahu tentang ‘ perangai Anwar ‘ .

Namun kata orang itu dia masih lagi bersama PKR kerana ‘ saya kesian pada Kak Wan.’

Kata Ezam beliau terasa sangat kecewa dan malu kerana ‘itulah rupanya’ orang yang beliau pertahankan bermatian-matian selama ini.

Menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan,Ezam menceritakan beberapa insiden secara off the record .

Ini termasuk kisah cubaanya nak buat satu deal dalam usaha untuk lepas diri dari kes liwat Saiful.

Dakwa Ezam Anwar telah temberang seorang pemimpin besar pakatan rakyat mengenai sesuatu.

Katanya beliau mendapat tahu hal berkenaan menerusi seseorang dan berpeluang meminta pengesahan kebenarannya dari orang yang dimaksudkan.

Yang pasti tentu ramai orang parti berkenaan akan ‘ mengamuk ‘ jika cerita ini terbongkar.

Namun Anwar tetap Anwar beliau boleh buat muka kering macam tak ada hal seperti juga pembohongnya tentang gerakan 16 September yang tidak menjadi sampai ke hari ini..klik sini untuk mengetahui kisah selanjutnya...
GEMPAR : WAN AZIZAH TAK SANGKA PERKARA INI BERKESUDAHAN BEGINI..NASI DAH JADI BUBUR?? GEMPAR : WAN AZIZAH TAK SANGKA PERKARA INI BERKESUDAHAN BEGINI..NASI DAH JADI BUBUR?? Reviewed by Empayar Pemuda on 4:35 PM Rating: 5

2 comments:

Popular

Powered by Blogger.