Monday, March 19, 2012


Bekas aktivis PKR, YB N Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1000 yang kesemuanya bernilai RM10 juta di luar negara.

“Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Jadi bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.


“Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini”, katanya.
Gobala mempercayai Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.

“Dengan bisnes di Amerika Syarikat (AS).. (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting..Azmin Ali juga simpan wang di luar negara..Singapura.

“Dr Syed Husin Ali..secara peribadi memberitahu saya..Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura..Syed Husin adalah manusia yang berprinsip..dia menyatakan demikian”, katanya.

Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.
Baru-baru ini, pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Datuk John Soh Chee Wen, individu yang merupakan key person telah membelanjakan RM20-RM30 juta untuk memastikan kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.

Anwar dan John Soh mula bercanggah pendapat tentang pembentukan kerajaan baru 16 September 2008, di mana menurut Anwar wang sebanyak RM300 juta adalah penting untuk membeli 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), namun John Soh tidak bersetuju mengeluarkan dana itu kecuali Anwar mampu membuktikan bahawa beliau benar-benar berjaya dalam rancangannya.

“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, “Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri!”katanya, dalam kolum The Corridors of Power, “EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2)”  -AIDC

6 comments:

Anonymous said...

kantoi sudaaaaah.
tapi biasalah puak-puak pkr bukan nak percaya semua ni.. bidaah belaka... ish ish ish...

hanizam said...

cerita duit tu memang dah lama diperkatakan..cuma juak-juak PAKATAN je tak percaya benda ni berlaku...

memang TUN M tau dengan note-note besar tu, Anuar boleh buat ape saje...

maklumlah, masa tu sape pegang portfolio mentari kewangan??

sebab tu anuar meroyan sepanjang masa nak jadi PM...bila dapat jadi PM, note-note tu akan diaktifkan semula...kaya beb bila bawak masuk balik malaysia...

satu persatu tembelang anuar pecah...tuhan tu maha kaya...

kalau niat baik, jadi baiklah ia...kalau jahat, jahatlah ia...

golok tumpul. said...

insyaaalah.....lelama nanti dia akan sedar jugak kesilapannya selama ini......dgn izin Allah.....sesama kita panjatkan doa ye......

Anonymous said...

Dia pernah mengatakan dia ada 7 peti dokumen sulit, yg akan membuktikan kospirasi musuh2nya, tp hingga sekarang sehelai pun tak ditunjuk.Peti2 tersebut d tempat selamat...

Anonymous said...

Mana ada, anuwar kan orang miskin.. takde duit kesian dia.. dia belanja tu semua duit haram.. bukan duit dia pun

Anonymous said...

Chant baru paling hot....

Pakatan rakyat....kami datang pakatan pakatan rakyat....
Pakatan rakyat ...kami datang pakatan rakyat......
Kami turun ke putrajaya..satu hati sokong pakatan
BN ANJING.....di bunuh saja.....

Nyanyi sambil kibar bemdera malaysia n pijak bendera BN

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.