GEMPAR : RIBUAN AHLI PAS BANJIRI CERAMAH HASAN ALI DI TELUK INTAN


Dr.Hassan Ali memulakan ceramahnya dengan mengatakan dengan kerisauannya terhadap akidah anak-anak muda zaman sekarang yang semakin membimbangkan dan perlu dijaga dan di didik oleh setiap orang umat islam.


Apa yang ditekankan oleh Dr.Hassan Ali pada malam ini ialah tentang bagaimanakah untuk mengelakkan perbezaan fahaman agama diantara umat islam dan yang paling penting untuk selamatkan AKIDAH umat Islam!!



Apa yang dipersoalkan pada malam ini tentang Akidah umat islam ialah bagaimana nak memperbetulkan akidah jika tidak solat, tidak zikir, tidak bangun subuh, dan ibu bapa tidak menekankan soal agama kepada anak-anak..

Perkara pertama yang dapat menyelamatkan Akidah Umat Islam ialah Mencari atau Mendapatkan Ilmu.. Ilmu Akidah Islamiah yang perlu dicari ialah Ilmu Tauhid, Ilmu Usuluddin, Ilmu Makrifah. Ilmu-ilmu ini kita dapat pelajari jika kita pergi ke surau, ke masjid dengan bertujuan untuk mendapatkan ilmu Akidah..

Tetapi pada hari ini, Kejahilan lebih mempengaruhi Akidah Umat Islam.. Inilah yang ditakuti pada zaman sekarang akhir zaman.. 

Dr.Hassan Ali menilai crowd yang hadir di Teluk intan sebanyak 7 ribu orang.. dan mengatakan Di Batu Gajah sebanyak 15,000 orang. Apa yang dinilai beliau bukanlah crowd yang hadir tetapi niat orang yang datang untuk mendapatkan Ilmu.. Niat pertamanya ialah mereka datang untuk dengar cerita tentang islam, keduanya mati untuk islam..

Dr.Hassan Ali juga menekankan tentang peranan Ibu Bapa yang perlu di titik berat tugasnya untuk menjaga anak-anak. Seperti mana peranan Ibu Bapa Dr.Hassan Ali sendiri yang tegas supaya anaknya membesar menjadi seorang yang hebat.

Selain itu juga, Yang keduanya untuk menyelamatkan Akidah umat Islam perlulah dipikirkan tentang Syariah.. Apakah Syariah yang dimaksudkan? Syariah ialah peraturan-peraturan hukum ALLAH S.W.T... Yang haram perlulah tinggal!! yang sunat haruslah dilakukan!!

 

Dan yang ketiganya ialah tentang Akhlak..Masalah hasil daripada kejahilan, pedoman dari Ibu Bapa, Saudara2 yang tidak bertanggungjawab ini, lahirnya generasi yang tiada Akidah, tiada agama!!!... Bagaimana anak-anak tidak bodoh,jikalau ibu bapa tidak mahu pergi ke MASJID!! inilah soal AKIDAH yang perlu diperbetulkan..

Ketiga-tiga masalah Akidah ini dikatakan tiga Serangkai oleh Dr.Hassan..

Apa yang ditakuti oleh Dr.Hassan Ali ialah isu murtad yang semakin berleluasa... Orang-orang kafir dr luar negara yang berpangkat master,PHD datang ke MALAYSIA dan pergi ke pelusuk kampung untuk memurtadkan masyarakat ISLAM!!!...

Dr.Hassan Ali yang juga terlibat dalam Unit U.S.A ( Untuk Selamatkan Akidah) menyeru Umat Islam BERSAMA-SAMA membantu beliau menyelamatkan Umat Islam di setiap peringkat dan mendaftar dengan Badan NGO ini..

Terdapat beberapa cabaran untuk mengekalkan AKIDAH umat islam iaitu tiada satu pun Badan NGO yang betul2 mempertahankan ISLAM.. Seperti mananya Tujuan utama PAS yang dulunya ingin mempertahankan agama Islam tetapi kininya terpesong kerana mengikut telunjuk DAP DAN PKR!!!

Pada malam ini Dr.Hassan Ali bukanlah ingin berpolitik tetapi untuk mempertahan dan mengagungkan ISLAM..Perjuangan ini haruslah dipegang oleh setiap orang islam...


sumber : Info 4 The Truth 
GEMPAR : RIBUAN AHLI PAS BANJIRI CERAMAH HASAN ALI DI TELUK INTAN GEMPAR : RIBUAN AHLI PAS BANJIRI CERAMAH HASAN ALI DI TELUK INTAN Reviewed by Empayar Pemuda on 1:41 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.