Tuesday, March 13, 2012


Ahli-ahli politik diingatkan supaya tidak meletakkan status mereka terlalu tinggi sehingga menganggap berkuasa seperti Tuhan atau malaikat dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, mereka perlu menerima teguran dengan hati terbuka dan tidak mudah melenting jika ada pihak yang memberi cadangan untuk kebaikan bersama.

"Adakah salah kalau kita memberi cadangan untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Sebagai orang politik dan pemimpin kerajaan negeri, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya menerima cadangan atau komen pelbagai pihak dengan hati terbuka untuk sama-sama membangunkan negeri ini," katanya kepada media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan balas Guan Eng yang melenting dengan melabelnya sebagai "sudah tua" berikutan kenyataan CAP agar Kerajaan Negeri mengadakan rundingan awam sebelum melaksanakan projek pembangunan atau infrastruktur mega di Pulau Pinang.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya mengambil berat mengenai suara rakyat dengan membuat rundingan awam sebelum sesebuah projek dijalankan sama ada ia memberi kesan terhadap ekonomi, sosial atau alam sekitar.

“Memberi taklimat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara umum mengenai projek mega serta membuat kenyataan mengenainya kepada pihak media atau dalam Dun. Ini bukanlah rundingan awam.

Rundingan melibatkan penyertaan awam di peringkat awal proses membuat keputusan, menyediakan maklumat yang mencukupi mengenai projek serta memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada perwakilan dan pandangan yang dibuat oleh individu dan organisasi masyarakat awam," katanya.

Mohamed berkata, perkara itu tidak dilakukan Kerajaan Negeri.

"Jika beliau kata ada membuat rundingan awam, adalah ia dilakukan sebelum menandatangani memorandum persefahaman dan memanggil permohonan cadangan untuk pembinaan projek mega ini. Adakah kajian awal dijalankan?" katanya lagi.

6 comments:

Anonymous said...

kalu dah dasar hati komunis memang xboleh ditegur..

Anonymous said...

Taulah nasib bila DAP perintah nanti.

Anonymous said...

apa ada pada Deep Asshole Party??? Dapig!! sekadar najis penyeri lubang jamban!!! ahli2nya semua haram jadah!!!

Anonymous said...

La ni korang sukalah. Sikit masa lagi korang taulah nasib korang.

Adi Kencana said...

Telus konon.... Nampak sangat dah gelabah sbb tembelang dah pecah!

MENGAPA NURUL IZZAH GELAR PENDUDUK PPR SALAH, ZALIM & TAK BERMORAL? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

mereka perasan dia orang saja paling hebat n serba tau,org lain xbetul

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.