Sunday, March 11, 2012


Menarik...kalau dah orang sendiri pun hentam Rafizi..sendiri mau faham laaa...siapa yang kena dan siapa yang kantoi...Apa susah-susah nak menegakkan benang yang basah...mengaku je salah dan minta maaf...kan senang...

Pelik sikit kes ini...saja je budak mentah ni nak cari pasal dengan PM..mungkin dia nak impress Anwar kot??Nak dapat attention la katakan..Dah la dia yang mula tabur fitnah...lepas tu bila orang nafikan..dia suruh tunjuk bukti pula...kelakar gila..bukan ke sepatutnya dia perlu kemukakan bukti sebelum tabur fitnah...kalau setakat ada dokumen sebut harga je nak dijadikan bukti...syhhhh!!pi main jauh-jauh....

Cuba baca artikel dibawah ini...

SIDANG media oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semalam, kononnya untuk mendedahkan ‘bukti kukuh’ mengenai dokumen yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya pada Jun 2011, rupanya berakhir dengan bencana.

Penulis tersentak bila dimaklumkan bahawa dokumen yang ditunjukkan dan diedarkan kepada media semalam sebenarnya hanyalah SEBUTHARGA oleh pihak hotel Shangri La untuk penganjuran majlis tersebut, bukan dokumen pembayaran oleh pihak kerajaan kepada hotel tersebut bagi membiayai majlis itu.


Sebutharga, dalam apa keadaan sekalipun tidak membayangkan kos sebenar penganjuran sesuatu Majlis. Kos sebenar dicatat dalam tuntutan bil kepada pelanggan.

Logiknya juga, dalam apa-apa kes sedemikian, untuk membuktikan bahawa wang kerajaan Malaysia digunakan untuk membiayai majlis seperti ini, dokumen biasa dalam urusan pembelian oleh kerajaan seperti LOA dan sebagainya perlulah ditunjukan, yang mana gagal dilakukan Rafizi.

Dalam hal ini kita perlu bercakap yang benar walaupun pahit, bak kata ramai, matlamat tidak menghalalkan cara.

Bagi seorang terpelajar dan cemerlang dalam bidang pendidikan sepertinya, kesilapan mudah seperti ini amatlah dikesali. Mengejutkan, ini bukanlah kesilapan pertama Rafizi, sebelum ini pun beliau terperangkap dengan pelbagai pendedahan tidak menjadi yang akhirnya hanya memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh dalam soal NFC. Sehingga sekarang, Rafizi masih gagal membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dalam soal penyelewengan dana berjumlah RM 250 juta itu. Yang terdedah setakat ini ialah penyelewengan yang mungkin dilakukan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat.

Tapi suami Shahrizat tidak terlibat dalam politik manakala Shahrizat tidak terlibat langsung dalam perniagaan suaminya. Itu belum lagi disebutkan bagaimana Ketua Pengarah Audit Negara, Tan Sri Ambrin yang mengesahkan disini, bahawa Laporan Audit Negara 2010 tidak langsung menyatakan wujudnya penyelewengan dalam projek NFC seperti mana didakwa Rafizi!!

Hal yang sama juga menyebabkan Rafizi diarahkan PKR untuk pergi ke London bagi menenangkan seketika keadaan.


Ketika di London, Rafizi sempat mengadakan sesi debat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Walaupun banyak pihak dalam Pakatan Rakyat menyangka Rafizi ‘menang’ dalam debat tersebut tapi jika diteliti keseluruhan sesi debat disini, Rafizi sebenarnya jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Khairy.

Malah pada satu ketika, Rafizi secara terbuka mengakui Khairy adalah lebih hebat darinya!!

Semua ini membayangkan kegagalan Rafizi ssebagai ahli politik yang sedang mencipta nama di persada politik negara. Penulis tidak rasa Rafizi mampu maju jauh ke depan jika berterusan mempamerkan kebodohan seperti ini. Bukan setakat itu, penulis dan ramai lagi rakan dalam Pakatan Rakyat sudah mula melihat Rafizi sebagai liabiliti kepada PKR.

Kita perlukan seorang pemimpin yang bersih untuk ditonjolkan dalam pilihanraya umum akan datang, bukan yang sedia terpalit dengan pelbagai kegagalan seperti Rafizi. Jawatan Pengarah Strategik PKR itu sendiri telah menunjukkan kepentingannya kepada parti.

Tidak boleh ada sebarang kegagalan atau penjawatnya perlu ditukar kepada yang lebih layak.

Jelasnya, banyak yang perlu diperbetulkan oleh Rafizi sebelum boleh mendakwa dirinya hebat. Setakat yang ternampak, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat. - SuaraPakatanRakyat

3 comments:

aloqlaloq said...

Dalam PR ni, kalau nak naik pangkat cepat kene pandai mengampu dan menipu. Kalau takda skill macam tu alamatnya dok tutup buku la macam ape jadi kat hassan ali.

Anonymous said...

Ada Mamat beritahu Rafizi ni tak ada "burong". Betul ke? Rafizi kena buktikan. Tunjuk "burong" kamu kat we all.Ada iras iras bos kamu punya ke?

Anonymous said...

Satu kesilapan PKR terutama budak Rafizi ini adalah menganggap orang tua,belia Melayu semua bodoh bendul dan sanggup telan semua yg dia dan bos dia cerita.Kita semua ada pergi sekolah dan pandai 3M.Ramai antara kita sampai uni dan sarjana juga pun. Berpolitik pun tenguk2 lah bro.Cakap siang pandang,cakap malam dengar2.tak kemana budak ni besok,tong sampah agaknya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.