Sunday, March 18, 2012



Inilah rupa PAS yang sebenar... Dahulu mereka menuduh BN dan UMNO mengamalkan rasuah dan kroni. Bila sampai sendiri memerintah, tidak banyak bezanya malah lebih teruk daripada UMNO dan BN. Jangan sampai mengata dulang paku serpih, mengata orang, kita yang lebih.
 
....Secara peribadi saya MB Kedah. Saya kenal hati budinya. Beliau bukanlah kalangan jenis yang terlalu mengejar dunia, termasuk projek-projek negeri, berbanding dengan exco-exco yang tidak sefahaman dengannya. Saya masih ingat bagaimana bisnes minyak saudara saya disebotaj oleh wakil-wakil rakyat PAS yang bergelar exco ini. Mereka nampaknya begitu ghairah untuk hidup mewah dan bermesyuarat di hotel lima bintang. 

Akhirnya bisnes minyak saudara saya itu lingkup angkara exco-exco ini. Tidak semua exco yang bergelar ustaz dan protaz ini baik. Mereka juga mahukan habuan dan kepuasan nafsu dunia. Mereka tidak hanya cukup dengan seorang isteri. 

MB Kedah sanggup menjadi tidak popular dengan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah yang melanggar undang-undang mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Tindakan ini amat tidak disenangi oleh Pakatan Rakyat dan orang PAS sendiri yang mahukan AUKU dimansuhkan sama sekali mengikut selera ultra kiasu.

Tetapi itulah sifat MB Kedah, begitu professional. Ingatan saya kepada PAS, walaupun tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, tidak semestinya semua perkara baik, yang datang daripada BN dan UMNO mesti ditolak. Berpolitiklah secara matang. Mana baik dan buruk mesti tahu dibezakan. Jangan kerana perbezaan ideologi dan parti, pintu hati kita tertutup dalam menilai kebenaran.

Inilah politik rimba yang masih lagi sukar untuk dibuang daripada segelintir pemikiran umat Islam sehingga ultra kiasu mengambil kesempatan. Dengar sahaja nama UMNO dan BN semuanya ditolak, seolah-olah UMNO tidak memberi apa-apa sumbangan selama ini. Tidakkah sepatutnya kita mengamalkan sikap yang baik itu diterima, manakala yang merosakkan itu ditolak, tidak kiralah datang dari sesiapapun. Begitulah juga sebaliknya. Saya tidak tujukan kepada sebelah pihak sahaja.

Janganlah kerana terlalu mengejar dunia dan mahu menjadi kaya raya sehinggakan lupa perjuangan asal. Saya tidak menolak masih ada yang ikhlas dalam perjuangan. Jika dahulu, para pejuang PAS sanggup berbasikal dan tinggal dalam pondok buruk, seperti mana yang diamalkan oleh tok-tok guru mereka. Hari ini, tidak lagi, mereka sudah pandai berlumba-lumba untuk mendapatkan tender di sana sini. Saya tidak kata, hidup mewah itu salah, tetapi ia bukan perjuangan PAS yang saya kenal dulu.

Saya difahamkan, rakyat Kedah tidak selesa dengan pembentukan Jawatan Kuasa Pemandu PAS, terutamanya kalangan mereka yang berada dalam Perkhidmatan Awam Kedah. PAS tidak berhak untuk menentukan masa depan Kerajaan Kedah. Hormatilah MB Kedah dan barisan kepimpinan untuk menentukan hala tuju negeri mereka sendiri. PAS perlu memahami budaya politik Kedah berbeza budaya politik Kelantan. Bagi rakyat Kelantan, ikon mereka mungkin Tok Guru dan PAS. Namun, keadaan ini mungkin berbeza dengan negeri Kedah.

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.