Sunday, March 25, 2012


Marah betul Azmin tadi. Sampai ada yang kena tengking buta-buta sahaja di Pusat Khidmat Wakil Rakyat. Pak Cik yang datang nak minta Azmin bantu jelaskan bil elektrik tertunggak termenung panjang. Sudahlah mahu bantuan. Kena tengking lagi. Angin ribut. Pak Cik tu nyata salah timing. Almaklum, Jumaat memang hari Azmin servis rakyat. Tak ramai pun yang datang. Ala kadar sahaja.

Azmin naik angin pagi tadi di atas kedegilan Pejabat Menteri Besar menukar design 4 tahun kerajaan Selangor memerintah. Azmin pernah nyatakan kepaa Faekah, perlu siarkan semua gambar pemimpin PR di Selangor. Jangan guna gambar MB seorang. Faekah sudah jelaskan kepada MB. Tapi beberapa penasihat MB mahu guna gambar yang sama. Gambar MB duduk seorang diri di samping perutnya yang buncit.

Azmin naik angin kerana design yang dihantar oleh PKR Pusat lain rupanya. Design yang dibantu oleh Radin, staff HQ – cukup berbeza. Gambar ramai-ramai. Termasuk ada Azmin. Ada Ronnie. Ada Dr Rani. Ada Khalid Samad. Gambar ramai-ramai. Bukan gambar MB seorang.

‘Apa dia ingat dia seorang yang jaga Selangor? Apa dia ingat perut dia cantik sangat? Apa dia ingat, kalau guna gambar dia seorang – boleh menang Selangor?’. Demikian bunyi panggilan telefon Azmin kepada seorang Ketua Cabang di Selangor. ‘BASTARD’, kata Azmin lagi.

Azmin selalu tekankan tentang menjaga hati semua pihak. Branding ala Najib Tun Razak yang Khalid Ibrahim bawa ini boleh makan diri kata Azmin.

Entahlah, nampaknya angin monsun Azmin terhadap Khalid Ibrahim ini tak akan habis.

Azmin memang mencarut setiap kali tengok gambar Khalid Ibrahim tersengih macam kerang busuk. GELAGAT ANWAR

1 comments:

sondol adlin said...

Memang ini lah perangai YB Pembangkang sebab mereka semua dah minum kencing babi jadi perangai pun tak bolih control macam babi jugak

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.