GEMPAR : ANWAR KANTOI BERBOHONG LAGI...BELA PENGHINA ISLAM...NIK AZIZ KENA TENGOK VIDEO INI..


 “Delhi: indiaToday conclave- saya dan Azizah tidak akan hadir keacara ptg esok kerana membantah kehadiran Salaman Rushdie yang secara biadab menghina RasululLah”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya, 16 Februari.

Walaupun dalam twitter itu nampak seperti Anwar tidak akan hadir dalam program ‘India Today Conclave’, namun dailymail.co.uk, 16 Februari melaporkan sebaliknya.

“Masanya telah tiba untuk India untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam penyebaran demokrasi, kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bercakap di persidangan India Today Conclave 2012, beliau berkata demokrasi India dan badan kehakiman adalah terpuji tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan di kawasan kejiranan (luar India)” katanya.

Menurut laman itu, Anwar berkata beliau amat faham ‘makna kebebasan dan demokrasi’ kerana pernah dipenjarakan selama 6 tahun di Malaysia, sebab itu hari ini beliau terus memperjuangkan kebebasan.

Laporan kehadiran Anwar ke program itu turut disahkan oleh laman daijiworld.com yang melaporkan hanya Imran Khan, pemain kriket Pakistan yang enggan hadir ke program kerana memboikot kehadiran pengarang bukut “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.

Laman itu menyebut, Imran Khan enggan hadir ke program The India Today Conclave yang dijangka berforum bersama Anwar Ibrahim, Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara AS), Anna Hazare, Kapil Sibal (menteri) dan Kareena Kapoor (artis Bollywood).

Namun, laman itu tidak menyebut Anwar Ibrahim juga memboikot program tersebut sepertimana yang dilakukan Imran Khan.

Bermakna laporan dailymail.co.uk mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim.

Dalam tentatif program yang disediakan The India Today Conclave menyebut Anwar Ibrahim akan memberi ceramah pada 16 Feb, bertajuk “FROM DICTATORSHIP TO DEMOCRACY: The Triumph of the People” dan Salman Rusdie akan memberi ceramah bertajuk “THE LIBERTY VERSES: I am What I am and That’s All That I am“.

Manakala Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara AS akan memberi ceramah bertajuk ” The Making of an Asian Century“.

Bukti kehadiran Anwar turut disahkan di laman rasminya sendiri, anwaribrahimblog.

Khoo Kay Peng, penganalisis politik seperti dilaporkan FMT berpendapat memang wajar Anwar Ibrahim ‘bekerjasama’ dengan Salman Rushide dan bukannya menjauhkan diri.

“Dan ini merupakan pandangan profesional saya, walaupun saya faham Anwar cuba untuk mengelakkan kontroversi”, kata Khoo.

Dua tahun lalu, ketika Anwar berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia, komuniti Salihara, Jakarta, Ketua Umum PKR itu membela Salman Rusdie.

“Saya tolak hukuman mati ke atas Salman Rushdie”, kata Anwar ketika berucap dalam tajuk “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” yang sekaligus menyanggah hukuman mati yang difatwakan ke atasnya oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin agung Iran.

Lihat rakaman video di ini untuk mendengar hujah-hujah Anwar kenapa beliau membela Salman Rusdie.


Ketika Salman Rusdie menerbitkan bukunya “Satanic Verses“ pada tahun 1988, dunia Islam memprotesnya kerana memahami maksud Salman adalah menghina Islam dengan menyamakan Al Quran sebagai Surah-Surah Syaitan.

Akibat kemarahan memuncak umat Islam di seluruh dunia itu, pada Februari 1989, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatolla Ruhollah Khomeini, mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam membunuh atau membantu membunu Salman Rushdie dan penerbitnya. Kemudian, Salman Rushdie melarikan diri ke Britain dan bersembunyi dengan mendapat perlindungan polis di negara itu. Klik di sini

Ketika kemarahan umat Islam masih memuncak kepada Salman Rushdie itu, pada tahun 1993, wartawan ASIAWEEK menemui Anwar Ibrahim untuk mendapat komennya.

“Saya telah membaca The Satanic Verses, saya juga telah membaca Midnight’s Children lebih awal lagi dari itu, saya anggap Salman Rushdie adalah “profound writer” (penulis berpengetahuan mendalam)“, kata Anwar.

“Saya tidak bersetuju seseorang membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang yang lain. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman Rushdie, seharusnya ia dibawa ke muka pengadilan (dan bukannya bertindak di luar pengadilan)”, katanya lagi.

Pendapat Anwar tentang Salman Rushdie disiarkan dalam majalah ASIAWEEK, 11 November 1993.

Profound writer

Anwar Ibrahim tidak mengkritik Salman Rushdie, sebagaimana yang dilakukan oleh majoriti umat Islam di seluruh dunia, sebaliknya memuji penulis itu sebagai ‘profound writer’ (seorang penulis yang mempunyai pengetahuan yang mendalam).

Dalam erti kata lain, pendapat Anwar senada dengan pihak Barat yang membela dan memuji serta memberi anugerah kepada penulis itu. Misalnya Britain selain memberi perlindungan, negara itu juga memberi anugerah ‘Sir’ kepadanya.

Pendapat Anwar itu senada dengan pendapat John Esposito , seorang orientalis yang menjadi guru Anwar di Universiti Georgetown yang mengatakan Salman Rushdie adalah seorang ‘intelektual yang bijak’.

Salman Rushdie, anak seorang Muslim dilahirkan di Bombay pada 19 June 1947 dan bersekolah di Gereja John Conon kemudian di King Kolej, Cambridge.

The Satanic Verses adalah karya keempatnya yang diterbitkan pada tahun 1988.

Buku ini berjumlah 547 halaman. Dicetak oleh penerbit Vikin (pemilik Yahudi) anggota jaringan penerbit Penguin.

Menurut sumber, Salman Rushdi menulis buku itu karena kerana diupah 850 ribu pound oleh pimpinan Viking (Yahudi), yang berniat untuk merosakan imej Islam.

Antara isi kandungan buku itu yang menyimpang dengan akidah Islam antaranya adalah;

1. Salman mendakwa wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Kota Mekah adalah Pusat Pelacuran yang diuruskan oleh kesemua isteri-isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

RAND Corporation : Kenapa Anwar diiktiraf sebaris kumpulan murtad ? AIDC
GEMPAR : ANWAR KANTOI BERBOHONG LAGI...BELA PENGHINA ISLAM...NIK AZIZ KENA TENGOK VIDEO INI.. GEMPAR : ANWAR KANTOI BERBOHONG LAGI...BELA PENGHINA ISLAM...NIK AZIZ KENA TENGOK VIDEO INI.. Reviewed by Empayar Pemuda on 7:00 PM Rating: 5

5 comments:

  1. semoga Allah mengambil nyawa nya dengan lebih celpat kerana beliau ada lah PETOSAK AGAMA DAN AKHLAK orang2 Islam .

    ReplyDelete
  2. semoga Allah mengambil nyawa nya dengan lebih celpat kerana beliau ada lah PETOSAK AGAMA DAN AKHLAK orang2 Islam .

    ReplyDelete
  3. kaki putat belit!!! asyik spin aje!! otak2 pengikut ko pun sama mcm ko!! duk menidakan kesilapan sendiri aje!!!

    moga Allah menyelamatkan MAlaysia dari kencaman Anwar zionis nie!! DAjjal kecil !!!

    ReplyDelete
  4. Khoo Kay Peng, penganalisis politik seperti dilaporkan FMT berpendapat memang wajar Anwar Ibrahim ‘bekerjasama’ dengan Salman Rushide dan bukannya menjauhkan diri.

    Editor: Jangan menyalahgunakan kenyataan saya. Saya tidak pernah menyebut "bekerjasama" dalam temubual dengan FMT mengenai isu ini. Saya berpendapat bahawa Anwar harus berhadapan dan menyoal Rusdie mengenai pendirian extremis beliau terhadap Islam.

    Sila buat pembetulan.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.