Tuesday, March 13, 2012

Aktivis hak wanita yang berada di bangunan Parlimen untuk berkempen bagi menuntut kerajaan yang bersih hari ini terkejut apabila Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat gurauan berbaur seks.
 

“Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa” kata Ahmad Zahid apabila aktivis wanita  memberinya sepasang sarung tangan putih melambangkan tuntutan mereka mendesak supaya  kerajaan bebas daripada gejala rasuah.

Seorang aktivis yang terdengar kata-kata Zahid itu kemudian secara serta-merta memuat-naikkannya di laman web rasmi Twitter Wanita Suara Perubahan, gabungan yang menganjurkan kempen berkenaan.

"Seksis!" ulas pengarah eksekutif Biro Bantuan Wanita Ivy Josiah melalui akaun Twitter beliau. Beliau turut berada dalam delegasi ke bangunan Parlimen itu.


Dihubungi kemudian, Ivy memberitahu
Malaysiakini

"Walaupun beliau bergurau, namun innuendo seksual seperti ini tidak boleh diterima...ini adalah benar-benar kurang ajar. Kami agak terkejut," katanya bahawa rakan sekerja beliau telah terdengar kata-kata Zahid itu dan kemudiannya melaporkannya di laman Twitter.

http://www.malaysiakini.com/news/191946


Berkali-kali MyMassa baca kenyataan di atas. Tak nampak pun wujudnya kenyataan berbaur seks.


Tak taulah kalau pembaca MyMassa rasa ini kenyataan berbaur seks.


Cuba tengok kenyataan ini sekali lagi.


“Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa”


Serius. Tak nampak apa-apa kesalahan dalam ayat di atas. Pegang isteri boleh jadi pegang tangan isteri. Pegang tangan boleh berbaur seks. Mungkin lucah sangat otak NGO pembangkang ni. Sebut pegang dah terpikir benda lain.


*Agaknya NGO wanita ni tak paham Bahasa Melayu macam wartawan akhbar Cina kot. -
MyMassa...

**Nampak macam orang bodoh siot puak-puak ni.. tapi EP tabik pada mereka..kerana usaha mereka yang tak sudah-sudah mengadakan pelbagai gimmik untuk memburukkan kerajaan..Matlamat mereka cuma satu..nak tanam di minda rakyat bahawa kerajaan BN dipoenuhi rasuah..walaupun perlu menipu dan menabur fitnah....

2 comments:

arifjizat said...

well Anwar ngan Zizah kan pakai sarung tangan...

Anonymous said...

stupid...kalau dah takde isu bulu idung terkeluar pon boleh jadi isu besar

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.