FITNAH, SAYA TIDAK KHALWAT...INI SEMUA KERJA UMNO DAN PIHAK ISTANA??


Nampaknya Ustaz kesayangan Anwar ini semakin kurang ajar..cuba mengaitkan pihak istana dalam kes khalwatnya..Apasal...Badrul Amin pun nak jadi macam Anwar juga ke??Cuba kaitkan pihak istana dalam kesnya...kononnya dia berhadapan dengan pihak istana yang ingin mensabotaj kerier politiknya...hahaha...

Inilah perangai puak-puak pakatan...sedap sorang-sorang...bila kantoi mulalah nak salahkan pihak lain...lepas tu meroyan atas pentas ceramah kata difitnah...



Sudah-sudah la ustaz...bawa-bawalah bertaubat..EP masih menunggu bila lah ustaz kesayangan Anwar nak buat laporan polis pasal dia kena pukul dengan 20 samseng Kampung Dusun....
 
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menafikan terlibat dengan siasatan atau apa juga yang berkaitan kes tangkapan khalwat anggota majlis tertinggi PKR Dr Badrulamin Bahron.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Abd Aziz berkata beliau dimaklumkan pihak istana bahawa baginda tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut apatah lagi mencampuri siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

"Dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.

"Bagaimanapun baginda hanya ingin tahu siapakah yang ditahan JAIP atas dakwaan berkhalwat sehari selepas kejadian tersebut. Itu sahaja dan tidak timbul baginda terlibat dalam siasatan JAIP," katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Hujung bulan lalu, Badrulamin mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi. JAIP pada 25 Februari lalu dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan.

Menurut Mohamad Sahfri, siasatan ke atas Badrulamin masih diteruskan dengan beberapa orang saksi masih diambil keterangan mereka.

"JAIP perlu menjalankan siasatan terperinci dengan memerlukan sedikit masa kerana kes ini diperoleh daripada aduan dan bukannya daripada operasi seperti kebiasaan.

"Justeru saya ingin menasihati Badrulamin agar tidak memberi sebarang kenyataan kepada akhbar kerana ia sedikitpun tidak akan membantu proses siasatan," katanya.

Kata beliau, kenyataan yang tidak benar jika dikeluarkan akan mengganggu proses di mahkamah kelak.

Mohamad Sahfri juga kecewa dengan sikap Badrulamin yang enggan membuat laporan polis sekiranya benar beliau dipukul.

Badrulamin sebelum ini menjelaskan beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga pada masa itu apabila pegawai agama tiba untuk menahannya.

Badrulamin berkata setelah menasihatkan wanita itu yang datang bersama anaknya, beliau kemudian menempah bilik hotel untuk mereka.

Bagaimanapun suami wanita itu yang ditemani 20 individu tidak dikenali tiba sebelum bertindak menyerang Badrulamin.
FITNAH, SAYA TIDAK KHALWAT...INI SEMUA KERJA UMNO DAN PIHAK ISTANA?? FITNAH, SAYA TIDAK KHALWAT...INI SEMUA KERJA UMNO DAN PIHAK ISTANA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 1:24 PM Rating: 5

6 comments:

  1. Orang yang bebal dan dungu jer yang percaya ngan si Badigol ni.

    ReplyDelete
  2. PIIIRAH,BALIK SABAHLA LU LAGI BAIK.BUANGLA TOPENG TU,ORANG DAH KENAL PUN.

    ReplyDelete
  3. Dah mula palu gendang kosong. Macam tuan dia jugak.

    Tuan borek hamba pun rintik.

    Mulalah roadshow nak himpun sokongan. Cara dan tektik yang sama cuma pelakon lain2.

    Sudah2 lah PKR. JAIP mau ingat jangan jadi macam kes liwat Saiful sudah.

    Kali ini ini rakyat sedang memerhati dari dekat.

    ReplyDelete
  4. SEKARANG AMAT JELAS USTAZ NI BERBOHONG....TAKKAN NAMA ANAK RAJA PUN DIA NAK JUAL BILA DAH KENA SIASAT. AGAKNYA USTAZ PKR NI TAK TAHU HUKUM ORANG BERBOHONG....TAPI BILA DIFIKIR BALIK USTAZ NI ADA KAWAN BAKAL IMAM MAHADI.BOHONG LAGI KAH?KALAU MACAM TU TAK SALAH DIA BERBOHONG SEBAB DIA PUN KENAL BAKAL IMAM MAHADI TU.

    ReplyDelete
  5. dia yg dapat sedap.., nak salahkan orang!!

    ReplyDelete
  6. x payah la letak name ustaz..wat rosakkan name yg baik tu je..dh la xckp jujur..tuduh org ikut sedap mulut plak..dia yg wat dosa pihak lain plak yg disalahkan..dh jelas hadis dh kate di akhir zaman akan ada golongan yg menggunakan dan menjual agama utk kepentingan diri..xpayah menipu..org kat luar tu bknnye bodoh buta..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.