EZAM SAHKAH ANWAR MEMANG HOMOSEKSUAL???



Keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim membersihkan diri daripada segala tuduhan perlakuan tidak bermoral membuktikan Ketua Pembangkang itu seorang pengamal homoseksual.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, keyakinan beliau mengenai perkara itu berdasarkan penghakiman bertulis yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 2004.

"Dalam penghakiman bertulis yang membebaskan Anwar itu, ketiga-tiga hakim termasuk Ketua Hakim Negara menyatakan dengan jelas Anwar ialah pengamal homoseksual.

"Persoalannya kenapa sehingga hari ini tiada tindakan dilakukan oleh Anwar untuk membersihkan nama dan mencari kebenaran," katanya pada sidang akhbar bersama Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan di sini hari ini.

Menurut Ezam, berikutan penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan itu, Anwar pernah meminta peguam-peguamnya membuat permohonan di mahkamah bagi menentang keputusan tersebut.

Namun tindakan itu, menurut beliau, tidak lebih sekadar untuk melontar persepsi supaya masyarakat menganggap beliau sebagai seorang yang tidak bersalah.

"Itu kes 2004, sekarang 2012, sudah lapan tahun, kenapa Anwar tidak buat permohonan tersebut, walhal dahulu dia kata dia nak buat.

"Dia tidak buat sebab dia tahu kebenaran tidak berpihak kepadanya," kata beliau yang juga ahli Dewan Negara.Mengulas notis minta maaf yang dikemukakan Anwar kepada Nallakaruppan, Ezam berkata, tindakan itu tidak dilakukan untuk mencari kebenaran tetapi sekadar muslihat politik.

"Ini semua muslihat Anwar untuk menghadapi pilihan raya dan ketakutan beliau terhadap serangan yang bakal dilakukan oleh Nallakaruppan. Anwar tahu serangan itu bukan serangan palsu tetapi penuh kebenaran," katanya.
EZAM SAHKAH ANWAR MEMANG HOMOSEKSUAL??? EZAM SAHKAH ANWAR MEMANG HOMOSEKSUAL??? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:18 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Sebanyak manapun kebenaran dinyatakan, kaum Anwarinas tetap buta mata dan hati. Masya-Allah.

    ReplyDelete
  2. Jika x bertobat, sah Anwar masuk neraka, anwarinas dan penyokong juga akan ke neraka! Mok

    ReplyDelete
  3. Anon9:11 PM

    Jika x bertobat, sah Anwar masuk neraka, anwarinas dan penyokong juga akan ke neraka! Mok

    --------------------------------------------------

    HEBATx2.. kau lebih mengetahui dan mendahului Allah....... bila nak sumbat orang ke neraka, kau laju... tapi bila tertuduh, anwar minta dibicara mengikut hukum hudud Allah, kau orang dolak-dalik dan main2.....

    Penganut2 UMNO sekarang berjuang hanya demi kuasa & harta walaupun menolak syariat Allah!

    byex2... sayonara...ubn!

    ReplyDelete
  4. HEBATx2.. kau lebih mengetahui dan mendahului Allah....... bila nak sumbat orang ke neraka, kau laju... tapi bila tertuduh, anwar minta dibicara mengikut hukum hudud Allah, kau orang dolak-dalik dan main2.....

    Penganut2 UMNO sekarang berjuang hanya demi kuasa & harta walaupun menolak syariat Allah!

    byex2... sayonara...ubn!<<,HEHEHEH bila kena sikit ajer nama umno keluar heheheh apa punya manusia

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.