Saturday, March 17, 2012


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan membidas tindakan PAS dan DAP yang terus membisu berhubung dakwaan kononnya wujud kerjasama antara Parti Keadilan Nasional (PKR) dan dua badan asing berkaitan Yahudi.

 Beliau berkata sehingga kini pemimpin  kedua-dua parti itu masih menyepi dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak terperanjat dengan apa yang berlaku tetapi kita hendak dengar pandangan daripada rakan kongsi (PKR).. PAS dan DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Ceramah Perdana di sini, malam tadi.

Sebuah akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan wujud kerjasama antara PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Beliau berkata sekiranya dakwaan itu benar, ia adalah satu perkara besar yang perlu diberi perhatian dan disiasat.

Ahmad Maslan turut menyifatkan pakatan pembangkang sebagai pakatan yang rapuh umpama 'perkahwinan sementara'.

"Pada pandangan saya pemimpin-pemimpin PAS kalau bukan kerana pilihan raya mereka mungkin mengkaji semula hubungan dengan PKR dan DAP tetapi hanya kerana pilihan raya mereka terpaksa (bersama)," katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.