BUKTI NURUL IZZAH BENGANG DENGAN NAJIB KERANA GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NAIK 13%??


Nampaknya sokongan kakitangan awam kerajaan terhadap pakatan haram makin tergugat apabila Perdana Menteri hari ini memansuhkan skin SBPA. Jadi tidak hairanlah mengapa puak puak pakatan akan mengeluarkan kenyataan yang berbentuk negatif terhadap kerajaan walaupun pengumuman yang dibuat itu menguntungkan dan mengembirakan kakitangan kerajaan..

PKR mengalu-alukan keputusan kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan pagi tadi, tetapi mendakwa perkembangan itu menunjukkan kegagalan berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mengambil kira pendapat golongan sebelum merangka dan mengumumkan sesuatu dasar yang penting.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kegagalan kerajaan pusat untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah iaitu antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis

Bukan itu saja..puak puak tak malu ni siap nak claim kredit..kata mereka yang desak kerajaan sehingga skim SBPA dimansuhkan...agak-agak la sikit...tak rasa malu ke buat kerja macam ni?? 

Mengulas lanjut, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR) beserta wakil-wakil pekerja Cuepacs, "barulah tindakan seraya sudah terhantuk baru terngadah diambil oleh Perdana Menteri hari ini."
Nampaknya lepas ni Manifesto pakatan terpaksa berubah laa..mana boleh kerajaan yang ditadbir oleh BN bagi lebih daripada mereka...dan EP yakin kenyataan Nurul Izzah ini akan dijaja dalam setiap ceramah yang anjurkan mereka dengan harapan kakitangan kerajaan akan membenci kerajaan..
BUKTI NURUL IZZAH BENGANG DENGAN NAJIB KERANA GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NAIK 13%?? BUKTI NURUL IZZAH BENGANG DENGAN NAJIB KERANA GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NAIK 13%?? Reviewed by Empayar Pemuda on 3:59 PM Rating: 5

32 comments:

  1. Kalau dia tak hasut pun, gua yakin ramai kakitangan dah muak dgn kerajaan

    ReplyDelete
  2. kakitangan yg bangang mmg senang2 je nak muak dgn kerajaan

    ReplyDelete
  3. kalau dah muak dgn kerajaan letak saja jawatan

    ReplyDelete
  4. SPIDER...
    HARAM DUIT GAJI YG DITERIMA OLEH PUAK YG MEMBANGKANG KERAJAAN..SEBAB TAK IKHLAS BERKERJA..TAHNIAH DATO SRI NAJIB..TERIMAKASIH

    ReplyDelete
  5. ye ke...tpi sya muak ngan Pakatan...

    ReplyDelete
  6. bukan muak tapi nak termuntah dengan pakatan

    ReplyDelete
  7. sokong adik manja

    ReplyDelete
  8. JIKAKALAU TAK BERPUAS HATI DENGAN KERAJAAN, BAIK LETAK JAWATAN KERNA KERJA TAK IKLAS. HARAM MAKAN GAJI YANG DIBERIKAN KERAJAAN.

    ReplyDelete
  9. kalau dah muak tentu tak buat kerja/terima gaji saja

    ReplyDelete
  10. kepada yg dah muak dgn kerajaan sila ambil borang letak jawatan segera!!!!

    ReplyDelete
  11. Golongan yg muak ngan kerajaan..tak ikhlas ngan kerjanya baik berhenti puak ni lah yg memberi imej buruk pd perkhidmatan awam...

    ReplyDelete
  12. Setuju, bg kakitangan kerajaan yg x sokong kerajaan lebih baik berhenti, musuh dalam selimut jer org mcm ni lah yg x buat kerja tapi nak gaji naik banyak...

    ReplyDelete
  13. kepada yg dah muak tapi tak berani letak jawatan, makan saja lah duit haram

    ReplyDelete
  14. Kakitangan kerajaan tetap kekal meskipun kerajaan bertukar ganti. Kerana kerajaan sifatnya berkuasa apabila diberi mandat oleh rakyat semasa pilihanraya. Mana-mana parti pun yg diangkat menjadi kerajaan, kakitangan kerajaan tetap akan berkhidmat dengan kerajaan tersebut. Tambahan, gaji kakitangan kerajaan dan menteri kerajaan sendiri dibayar oleh rakyat melalui wang kutipan cukai. maka tidak timbul soal makan duit haram andai tidak mengundi dan menyokong kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  15. Cakap je lebih. Muak dengan kerajaan konon. Kerajaan lambat bayar bonus pun melalak. Piiiraahhh!!! Buat pe kerja ngan kerajaan kalau dah muak. Pi la kerja ngan PAKATAN. Bila kerajaan bagi duit BR1M, nah...awai awai dah berator panjang. Sanggup tengah panas pun tak pa. Tapi kata duit haram. Tak payah ambik la wooiii!! Molo punya olang.

    ReplyDelete
  16. Syukur la sikit dpt jd kakitangan awam..xpayah buat keje pon gaji jalan..try dok swasta tgk?
    Banyak yg dok membantah kerajaan nie terdiri dr kakitangan kerajaan sendiri..apa lah lagi yg nak agaknya..? Xcukup2 lg?
    Kakitgn kerajaan dpt naik gaji sedap2,swasta blom tentu lg..
    Syukur la dgn apa yg ada..

    ReplyDelete
  17. Berambus lah parasit2 dalam agensi kerajaan. Mereka ini harus dipantau.

    ReplyDelete
  18. ANON 4.35 MUNGKIN LUPA AKAN AKUR JANJI TAAT SETIA KAKITANGAN AWAM KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH.WALAUPUN WANG GAJI DI BAYAR MELALUI CUKAI TETAPI HARUS DIINGAT DUIT CUKAI TERSEBUT TELAH DILABURKAN DAN BERCAMPUR DENGAN BERMACAM2 SUMBER.BUKAN DUIT CUKAI ORANG PAKATAN SAHAJA...

    ReplyDelete
  19. saya pernah kerja kilang milik org cina,kerja estet,kerja kerajaan akhir sekali dgn glc paling selesa kerja dgn kerajaan 1000x lebih baik!

    ReplyDelete
  20. kalau dah muak dengan kerajaan tak kira lah apa kerajaan

    ReplyDelete
  21. baik letak je jawatan, dari keja x ikhlas, ramai lagi yg ikhlas nak keje ngan kerajaan, duit br1m pun ramai gak yg x ikhlas ngan kerajaa sebat, yg x leh pon siap tipu borang,

    ReplyDelete
  22. sokong kumpulan anti kerajaan tp keja kerajaan tu behenti.klo dah 'mindset' membenci kerajaan tapi still kerja dgn kerajaan smmgnya x kena.sudah pasti kerja x bersungguh dan ada yg cuba jd anai2,mensabotaj usaha yg cuba dilakukan oleh kerajaan selaku pelaksana dasar2 kerajaan.

    ReplyDelete
  23. pe la..ckp ke wang kutipan cukai utk tanggung gaji penjawat awam pun x ckp le..sblm mngeluarkan kata2 tu sila le bfikir..wang tu dilaburkan oleh pemimpim2 yg ade skrg..klu pemimpin x laburkan duit tu btl2 maka negara kite ni jadi le negara miskin..gaji penjawat awam pun x dpt nak bayar tau..berfikir sblm bckp...

    ReplyDelete
  24. Salam,,,,
    Saya ni x kerja kerajaan, tpi sya kne byr cukai utk hasil negara, xpe sya sokong walau sya ni oku,,,sya tertarik dgn kenyataan mereka yg muak berkerja dgn kerajaan, alangkah baiknya la kalau jawatan mereka tu di beri kpd org2 oku mcm saya ni,,,kami pun ada degree,master n phd,,cuma mgkin xde rezeki dlm sektir awam,,pd saudara dah muak kerja kerajaan tu,,berhenti la, bg lah peluang pd kami ni yg btl2 berkerja utk berkhidmat pd masyarakat dan negara,,,tak sangka ramai juga parasit dlm sektor kerajaan ya,,,,emmmmm...ni bkn slh PM, tpi slh individu yg x pernah bersyukur dgn apa yg ada,,,kami ni la yg jd mangsa dek manusia2 yg jd parasit ni....

    ReplyDelete
  25. Kalau tak sokong kerajaan yg berkerja dengan kerajaan tu wajib berhenti.tak malu ke duit mereka kau hendak bagi lak mak bapak kau dan anak-anak kau mentedarah. apa jenis mahlok? lebih teruk daripada binatang kot.

    ReplyDelete
  26. mereka ni mana tau malu, hantar anak sekolah kerajaan,sakit pegi hospttal kerajaan dll semua harap kerajaan

    ReplyDelete
  27. keje dengan pakatan lagi kaya wo...majikannya YAHUDI.....

    ReplyDelete
  28. Tunggu Pru 13...akan terjawap semua kebodohan anda diatas...

    ReplyDelete
  29. Ermmmm...........ramai lg beratur panjang utk mendapt jwatan penjawat awam,yg xnk tu cepat la resign,bg peluang kepada kami ni ha,buang saja yg xnk ambk saja yg nk,baru la kerajaan tu kuat,sbb tulang dia di ambil dr yg kukuh,ni ambk yg nk reput,ckp pn serupa lalang,manusia xkn puas dgn apa dia ada,kalau kerajaan bg sejuta ringgit pn blom dia sokong,xkire la siapa pn akan jd kerajaan ttp sama,rasuah pilih bulu,kroni,smua sama je mana pn pemerintah,ada mata lihat ada akal fiki ada hati jgn kita butakan.......

    ReplyDelete
  30. Sy risau kalau nnt harga brg naik jika PM kita buat mcm ni,sbb gaji kerajaan naik,gaji di peringkat swasta ckup makan,dlu org swasta di angap kaya,tp skrg sama,gaji pn hampir sama,jdnya di harapkan jgn la di pandang enteng pd kami yg bekerja di swasta,bg la payung kembang pada kami pak najib,kami pihak swasta byk menangung kos kerajaan banyak laburkan wang kepada kerajaan,jangan lah pandang sebelah pihak,kami pn ada anak bni nak makan,

    ReplyDelete
  31. Yg dok menyalak lbh bkn kakitangan awam sgt pon...tp puak2 yg jeles nk keje gomen tp tak dpt. Kalau dpt pon pemalas keje...kaki mengulor. Time ujung thn kerajaan x umum bonus, maki hamun dlm fb..bila dpt, dia la paling awal sibuk tanya tarikh bila duit masuk....sebijik perangai anwar..masa keje gomen, hentam pembangkang. Dh kene buang, hasut serata alam benci kerajaan..sedap2 dgn pelacur, tetiba kantoi, mula la canang kerajaan bt konspirasi...inilah golongan yg dok pandai tulis komen hentam kerajaan kat atas tu....sembang kuat.

    ReplyDelete
  32. kesian.. nak naik gaji 13% pon ramai yang dengki.. aku tengok kakitangan kerajaan dah improve klu nak banding ngan dulu2.. kat swasta pon lebih kurang je esp yang permanent post. ingat! pegawai kerajaan ni kena hadapi semua rakyat malaysia, ramai orang, ramai kepala, banyak ragam.. kekadang tahap motivasi pon leh jadi kurang. orang keje swasta pon klu dok lama2 kat satu company pon akan jadi perkara yang sama gak

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.