Friday, March 30, 2012



Jabatan Penjara hari ini menafikan bahawa imam Hoslan Husin - yang dipenjarakan kerana membaling kasut ke arah panel hakim - berjaya mengislamkan dua banduan lain seperti didakwa isterinya semalam.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia Supri Hashim berkata, salah seorang yang dilapor diislamkan sudah memeluk agama itu pada 2009.

"Manakala seorang lagi banduan sebenarnya dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh jabatan agama Islam dalam masa terdekat," katanya.

Jabatan itu juga menegaskan hanya pegawai atau pembantu pegawai agama yang dibenarkan menjadi imam di surau dan menganjurkan program keagamaan dan bukannya banduan.

"Kemungkinan penama di atas (Hoslan) hanya menjadi imam di sel di mana dia di ditempatkan bersama beberapa banduan lain semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari," kata Supri.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka."

4 comments:

Anonymous said...

Tugas berdakwah.................,

apakah untuk mengIslamkan seseorang perlu didaftar terlebih dahulu kepada pejabat penjara?

mungkin maklumat penjara berbeza dari maklumat banduan 'hina hakim' tu?

kenyataan imam hoslan itu ada dua kemungkinan >>>> betul atau salah!

PENCERAMAH BEBAS said...

bila sahadah di lafazkan automatik dah islam.pendaftaran kemudian.mcm saudara berakad nikah. sijil sampai kemudian.itu maklumat isteri dia.betul alhamdulillah salah jawab lah dgn ALLAH.yg SAUDARA kita sokong pemimpin isteri x tutup aurat.mati nanti jawap dgn ALLAH

Anonymous said...

selagi ada hijau dan putih menipu.....demi islam konon....

Anonymous said...

kalau dia mengislamkan banduan pun, tak perlu dia bercerita kpd isteri dan orang lain..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.