BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM...BERITA PENING UNTUK ANWAR??


  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  •  Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  •  Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  •  Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan.

Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Beliau yang juga Menteri Kewangan  mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini.

Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu.

Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu.
BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM...BERITA PENING UNTUK ANWAR?? BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN AWAM...BERITA PENING UNTUK ANWAR?? Reviewed by Empayar Pemuda on 12:22 PM Rating: 5

7 comments:

  1. Anwar kena pi Bangkok pulak lepas nih.. Ayaq tendang kepala... "Wa pening lor.. Sula lama talak tolak amoi... Woo"

    zoRRo...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...terima kasik Tok Jib kerana perihatin kepada kakitangan awam cuma lepas nie tolong2 pantau la kakitangan kerajaan nie yang banyak menentang kerajaan. kes kebocoran maklumat kerajaan banyaknya datang dari orang dalam...

    ReplyDelete
  3. AMBIL TINDAKAN KEPADA KSN DAN KP JPA...DURI DALAM DAGING.TAK TAU MALU DISAMPING CUBA NAK JATUHKAN KERAJAAN NAK DAPAT UNTUNG BESAR KENAIKAN YANG MELAMPAU UNTUK PUAK DEPA.SIALAN .

    Khalid Tak Gagap

    ReplyDelete
  4. xpening la anuwar..jap lg dia msti kompang harga barang naik...mcm biasa..

    ReplyDelete
  5. orang jpa dok pandai buat keje

    ReplyDelete
  6. Setuju anon diatas..rimas aku kalau cikgu jadi pembangkang ni..berhenti jadi cikgu le woii..!! sedar le sikit awak keje dengan sape??

    ReplyDelete
  7. kata seorang penyokong pakatan,kalau sokong pakatan dapat pergi bulan naik roket!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.