Wednesday, March 21, 2012


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini dilaporkan mengatakan bahawa ‘BN akan makan telur’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang di negeri terbabit sedangkan hakikat sebenarnya beliau telah ‘kecut telur,’ kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab.
Jelasnya, berdasarkan situasi terkini, sokongan rakyat Pulau Pinang lebih cenderung kepada Barisan Nasional (BN) lantaran banyak tanggungjawab yang sewajarnya dilunaskan oleh kerajaan negeri gagal dilaksanakan selain janji-janji pada PRU ke -12 lalu tidak dilunaskan.
“Selama ini pun dah banyak Guan Eng bercakap dan semua orang tahu apa yang dia katakan hanyalah ‘cakap kosong’ saja jadi apa yang perkatakan berkaitan BN juga sebenarnya tidak akan membawa apa-apa,” katanya kepada UMNO-Online.
Sebelum ini, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu majlis memberitahu bahawa kerajaan pakatan pembangkang boleh mengekalkan Pulau Pinang jika 40 peratus masyarakat Melayu dan 90 peratus orang Cina menyokong gabungan itu yang memenangi negeri itu pada Mac 2008.
“Sememangnya dia adalah seorang pemimpin yang angkuh dan bercakap besar, tidak terima pendapat orang lain sebaliknya hanya pendapatnya sendiri yang betul dan ini diaplikasikan bukan hanya dalam urusan parti tetapi juga dalam hal-hal berkaitan pentadbiran negeri.
“Rakyat dah tahu siapa yang benar dan siapa yang salah malahan sejak selepas PRU ke-12 lalu, kerajaan negeri yang ada hari ini cuma pandai bercakap saja sedangkan tidak melaksanakan apa-apa sebaliknya pula pada BN,” jelasnya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam.
Tambahnya, bukanlah sesuatu yang menghairankan untuk seorang pemimpin DAP berkata demikian kerana secara simboliknya mereka perlu berdepan dengan penuh yakin kepada rakyat biarpun hakikatnya tidak demikian.
“Mereka kena cakap macam itu untuk tunjukkan kepada para penyokong mereka kononnya masih mendapat sokongan sedangkan mereka dapat menawan Pulau Pinang dalam PRU-12 dulu bukan sebab mereka kuat pun tetapi kerana ada beberapa kelemahan BN dan ia telah pun diperbetulkan malahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri telah mengotakan pelbagai janji yang tak mampu dibuat oleh pembangkang ini.
“Biarlah mereka bercakap sedangkan apa yang BN lakukan adalah bekerja dan bekerja iaitu berkhidmat kepada rakyat tanpa perlu ambil kisah apa yang diperkatakan oleh pemimpin terbabit. Fokus dan tumpuan kita adalah menyeelesaikan permasalahan rakyat dan bersama-sama menentukan masa depan negara,” katanya. - MediaUMNO

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.