Friday, March 23, 2012

Hebat...memorandum berserta batu nisan handak diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi hanya kerana mahu mendesak pilihanraya kampus dipercepatkan...Kat mana mahasiswa ini letak otak diaorang..Budaya mana yang mahasiswa ikut..bagi batu nisan pada orang??

Maaf bercakap tapi bagi EP budak-budak ini tidak layak dipanggil mahasiswa kerana setahu EP, mahasiswa ni berotak dan boleh berfikir..Dan EP yakin mahasiswa..silap..budak-budak kurang cerdik yang pergi ke kementerian ini mesti kesemuanya atau sebahagian besarnya budak-budak Melayu/Islam..

Setahu EP...dari tadika, kemudiannya masuk darjah 1 sampai tingkatan 5 sehinggalah tamat pengajian di universiti..tiada satu pun matapelajaran pun yang diajar di tadika, sekolah ataupun universiti mengajar kita bagi batu nisan pada orang..walaupun pada orang yang dah meninggal..begitu juga dengan keranda (yang berlaku di UPSI)..Jadi dimana budak-budak ni belajar untuk buat perkara ini??

1. Allah dan bagi otak yang berfungsi dengan baik pada kita.

2. Kita patut bersyukur kerana Allah telah bagi kita akal untuk berfikir dan mempunyai iQ yang tinggi sehingga membolehkan kita belajar dan masuk universiti..Tak semua manusia didunia ini dapat kelebihan itu...

Nasihat EP gunalah otak yang diberi Allah itu sebaik-baiknya..berfikir cara matang..gunalah saluran yang betul untuk meluahkan pendapat atau tentangan..bukannya dengan memberi batu nisan pada orang..Aturkan perjumpaan dengan menteri bukannya terjerit-jerit di jalan untuk selesaikan masalah..

Apa perasan budak-budak ni bila ada orang hantar batu nisan pada keluarga kamu di rumah..suka tak?? Kalau tak suka..jangan buat kat orang walaupun ianya hanya simbolik...

** Ada tak pelajar cina sibuk nak hantar batu nisan atau keranda pada pemimpin dia orang...?? Fikir-fikirkan


Kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menuntut supaya pilihan raya kampus diadakan pada kadar segera.
Kumpulan itu berkumpul pada kira-kira jam 2.45 petang dan cuba untuk menyerahkan memorandum serta juga batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Memo itu diterima oleh setiausaha politik Mohd Khaled, tetapi beliau menolak menerima batu nesan berkenaan yang bertujuan untuk melambangkan 'kematian demokrasi pelajar'. 

15 comments:

Anonymous said...

Makin Bodoh Budak2x Melayu Zaman Skrg Nie...padan la jadi kambing hitam bangsa lain.

Anonymous said...

Prasan hebat dan pintar lah tu ...

Anonymous said...

malang malang sungguh ada mahasewel berperangai sewel (tak de apa binatang nak di samakan kerana binatang pon x buat mcm dia ni)
Bagaimana agaknya perasaan mahasewel ni kalau ada satu kumpulan besar sehingga 500 org bawa bilangan batu nesan mengikut ahli keluarganya? Mak bapak dia kena bagi batu nesan special kerana mendidik mahasewel jadi tidak pandai.
Saya pelik juga, apakah tiada peruntukkan undang-undang kerana perbuatan mengaibkan orang lain.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Kalau nak melambangkan kematian demokrasi pelajar, hantarlah batu nisan kat diri sendiri. Apsal nak hantar kat menteri plak. Bengong sungguh. Belajar dulu lah adik adik oooi. Sibuk sgt nk pilihanraya. Ada banyak beza ke puak mana yang menang, puak mana yang kalah? Objektif korang tetap sama kan? Iaitu mendapat keputusan yang cemerlang dan grad dengan jayanya. Unless objektif korang dah berubahlah kan... Berjaya dlm pelajaran bukan matlamatlah kan... Sebab tu bodoh cammangkuk tingkat

Anonymous said...

Hanya ada pada Pelajar Melayu sahaja didalam Malaysia ni. Pelajar bangsa lain hanya tengok jer, kalau support pun bukan nak tunjuk muka.

Kenapa Pak Menteri tak terima batu nesan tu?. Kalau aku ler..aku ambik then kirimkan pada keluarga mereka. Biar dia rasa macamana hati dan perasaan.

Belajar tak setara mana pun.....
Aku rasa Gen.X lebih maju dari Gen Y ler...
Gen Y ni jenis tak boleh nak memikir walaupun cerdik. Kesimpulannya mereka sebenarnya bodoh.
Taraf mereka rendah dari pelajar2 SPM tahun 80an...hehehehehe

Anonymous said...

kenapa lah budak melayu yng kurang ajar sgt.

Anonymous said...

Belajar tinggi2 tapi tak cerdik rugi agama bangsa dan negara...

Anonymous said...

Buat malu keturunan je...

Anonymous said...

sebagai timbalbalas apa kata hadiahkan budak2 ni kain kafan

Anonymous said...

antara budak melayu bodoh yang memalukan bangsa melayu itu sendiri...

Anonymous said...

IIUM takde pula masaalah. Wakil-wakil pelajar terbuka hati dengan penjelasan univesiti, sementara pilihanraya wakil pelajar dibuat september ini, wakil pelajar-pelajar yang tempohnya tamat, diperbaharui untuk bulan berkenaan oleh Rektor melalui kuasa eksekutifnya. Selesai masaalah.
TNC pelajar jangan dok diam, kawallah anak buah sendiri.

Anonymous said...

aku sbg bangsa melayu..tiba2 rasa malu lak jadi bangsa melayu...

Anonymous said...

Takde adab..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.