ANWAR PERSOALKAN KENAPA MALAYSIAKINI TIDAK SIARKAN BERITA INI??

** Confirm portal-portal milik permbangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Harakah dan juga Keadilan Daily termasuk blog-blog pro pakatan haram tidak siar dan war-warkan berita ini... Tahniah kepada semua pasukan keselamatan yang sanggup mengadai nyawa bagi memastikan Malaysia aman dan selamat...

EP rasa kalau pakatan haram tidak wujud mungkin ranking Malaysia lebih baik daripada sekarang..

Penurunan indeks jenayah sebanyak 11 peratus yang direkodkan tahun lalu membolehkan Malaysia diiktiraf oleh Indeks Keamanan Global 2011 sebagai antara negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara serta berada pada tempat ke-19 daripada 153 negara. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian itu adalah hasil tindakan proaktif polis dan agensi berkaitan menangani jenayah hingga berhasil mencatatkan penurunan melebihi sasaran lima peratus. 
“Pencapaian ini diiktiraf secara global apabila Indeks Keamanan Global 2011 meletakkan Malaysia di tangga 19 daripada 153 negara di dunia berbanding tempat 26 pada 2009. Hasilnya menyebabkan masyarakat antarabangsa semakin yakin melabur yang menyaksikan pelaburan asing meningkat sebanyak RM33 bilion tahun lalu, mengatasi RM29 bilion yang dicapai sebelum kekangan ekonomi dunia pada 2007,” katanya semalam.

Beliau berucap pada Perasmian Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), di sini. Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Muhyiddin juga berkata, tugas mengurangkan kadar jenayah tidak hanya terletak pada kerajaan, sebaliknya rakyat memainkan peranan penting memelihara keselamatan awam dan individu supaya selamat daripada jenayah.

“Pembabitan masyarakat setempat adalah kritikal dalam memberi petunjuk dan penambahbaikan usaha menangani jenayah. Perkongsian pintar antara polis dan anggota awam melalui platform seperti RELA dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) adalah batu loncatan penting menjayakan usaha memerangi jenayah. Namun, dalam keghairahan mengurangkan kadar jenayah, Malaysia hendaklah menjadi negara yang sentiasa mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif,” katanya. 

Beliau berkata, pengalaman bandar raya New York mengurangkan kes jenayah setiap 100,000 penduduk daripada 6,363 pada 1990 kepada 3,099 kes pada 2000 menunjukkan penambahbaikan drastik itu tidak mustahil dilakukan di Malaysia.

“Saya mahu petugas SRS dan ahli persatuan penduduk untuk turut sama terbabit dalam usaha memerangi jenayah demi menjaga kesejahteraan negara,” katanya.

Mengulas Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012, Timbalan Perdana Menteri berkata, 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah menerima peruntukkan berjumlah RM26.1 juta untuk melaksanakan langkah impak tinggi menerusi Program Bandar Selamat.

Ia membabitkan pengasingan laluan pejalan kaki daripada laluan bermotor, pemasangan cermin keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV), pencahayaan, penggera keselamatan dan pemetaan sistem maklumat geografi (GIS) jenayah.

Beliau berkata, pengurangan jenayah di Johor jauh lebih baik berbanding kadar pengurangan purata negara yang masing-masing sebanyak 7.7 dan 10.2 peratus bagi jenayah jalanan dan jenayah berat.

“Namun, kerajaan belum berpuas hati dan akan terus mempergiatkan langkah Program Bandar Selamat. Oleh itu, 108 CCTV, 965 lampu jalan serta 1,500 tempat letak motosikal berkunci sedang giat dirancang di sekitar bandar seluruh Johor tahun ini.

“Rekod prestasi negara maju menunjukkan pusat bandar akan membentuk nadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, persekitaran bandar selamat dan tenteram mampu menarik penduduk berkemahiran tinggi untuk merebut peluang pelaburan dan pekerjaan,” katanya.

ANWAR PERSOALKAN KENAPA MALAYSIAKINI TIDAK SIARKAN BERITA INI?? ANWAR PERSOALKAN KENAPA MALAYSIAKINI TIDAK SIARKAN BERITA INI?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:02 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.