ANWAR BETUL-BETUL TENSION BILA DAPAT TAHU BERITA INI...


Agak agaknya Anwar tension tak bila dapat tahu Malaysia merupakan satu satunya negara di Asia yang masih mengekalkan harga minyak petrol..Siapa yang tak mahu kalau harga minyak boleh diturunkan lagi tetapi bagi EP janji Anwar kepada rakyat Malaysia untuk menurunkan harga minyak agak tidak logik dan semata mata janji politik.

Lihat saja di Indonesia..kerana kenaikan harga dunia bahan bakar tersebut negaranya menjadi huru hara dan rosak akibat rusuhan yang berlau..Kerajaannya perlu membuat keputusan sama ada hendak menjaga hati rakyat dengan menambahkan subsidi atau membiarkan negara mereka bangkrap kerana tidak menaikkan harga minyak...

Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia yang masih lagi mengekalkan harga minyak petrol RON95 pada kadar RM1.90 seliter sekalipun berlaku kenaikan harga minyak di pasaran antarbangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional tidak pernah berhasrat memberhentikan bantuan subsidi bahan api itu kepada rakyat.

"Jika tidak diberikan subsidi, harga minyak petrol akan naik RM2.93 seliter dan ini akan membebankan rakyat.

"Pemberian subsidi adalah bagi mengelakkan rakyat daripada menanggung beban berterusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bantuan pembangunan kerajaan pusat berjumlah RM307,643.56 untuk diagihkan kepada 14 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di kawasan Parlimen Bera, di sini Jumaat.

Ismail Sabri, yang juga Anggota Parlimen Bera, berkata pada tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan RM17 bilion bagi subsidi petrol, diesel dan Gas LPG berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM15 bilion.

"Pemberian subsidi ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat prihatin dan membela rakyat," katanya. - BERNAMA
ANWAR BETUL-BETUL TENSION BILA DAPAT TAHU BERITA INI... ANWAR BETUL-BETUL TENSION BILA DAPAT TAHU BERITA INI... Reviewed by Empayar Pemuda on 11:08 AM Rating: 5

1 comment:

  1. fasal kedia lah,kita yang mengaku diri berfikiran waras berfikirlah atas perkara perkara yg wajar sahaja.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.