Monday, March 12, 2012

AL-FATIHAH BUAT ADIK NURUL NADIRAH....

EP tak sangka kanak-kanak 5 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini telah dijumpai mati, dibakar sehingga hangus di sebuah ladang kelapa sawit di Masai Johor. EP harap pihak Polis dapat memberkas penjenayah yang sanggup melakukan perbuatan yang kejam ini..

Hanya doa diiringi Al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah yang mampu dipanjatkan..semoga roh adik Nurul Nadirah dicucuri rahmat. Kepada Keluarga Arwah diharap banyakkan bersabar atas segala ujian dariNYA.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi  Arwah.
 


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang. 

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA



10 comments:

Anonymous said...

SIAL BETUL LAH SPAER YG BUAT KEJE TERKUTUK DAN KEJI NIE

Anonymous said...

kerajaan patut hentikan pengambilan orang luar. Biarlah kita di malaysia hidup aman. semoga allah membalas perbuatan binatang ni.

Anonymous said...

SEMUGA RUHNYA AMAN DAN DAMAI DI SANA. TAKZIAH BUAT SEMUA KELUARGA KHUSUSNYA IBU...TABAHKAN HATI DAN SERAHKAN SEGALANYA KEPADA YG MAHA ESA. ALLAHYARHAMAH SEDANG MENANTI DISYURGA SEORANG INSAN YANG DINAMAKAN "IBU". PERCAYALAH...SESUNGGUHNYA ITU ADALAH JANJI ALLAH.

Anonymous said...

Subhanallah kenapa kejamnya manusia tu. Ya allah tabahkan la hati keluarganya menempuh dugaan yg begini hebat. Alfathihah

Anonymous said...

sblum ni pnah berlaku dijohor jgk perempuan dikerat oleh jaga...apa nak jadi bumi allah di johor ni..

Anonymous said...

Ibu dab bapanya selepas ini mesti didakwa kerana kecuaian membiarkan anak yang berusia 5 merayau kekedai tanpa pengawasan !

Anonymous said...

org pas mesti tuduh org UMNO punya kerja...

Anonymous said...

Alfatihah.. Jgn ditambah beban ibu bapanya dengan tuduhan yg tdk membina. Dugaan yg mereka terima dh cukup berat.
Bg ibu bapa yg lain, ambil iktibar dgn apa yg berlaku...

Anonymous said...

Mungkin pandangan saya silap. Tapi saya ada baca dalam suratkhabar, emak dia dok sibuk dengan FB. Ada juga lah silapnya mak dia. Cakap pun tak guna. Benda dah jadi. Ada juga rasa marah kat mana mana emak yang tak peka langsung dengan keadaan zaman la ni. Guna internet pandai, maklumat hujung jari tapi tak peka dengan keadaan semasa. Malas cakap lah. Kalau mak dia baca komen ni, takut sedih dan rasa bersalah sepanjang hayat. Anggaplah takdir. Dah jadi.

Anonymous said...

Astaghfirullahalazimmmmm... Dunia nk kiamat ks? Apa dh manusia x hati perut nihhhh... Hukuman utk binatang2 tuh bt mcm mana dia bt kt Dirang.. Bg dia rasa!!!...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.