Wednesday, March 7, 2012


**Nampaknya cita-cita dan impian Anwar untuk menguasai PAS dan negeri Kedah hampir tercapai dengan bantuan dua orang timbalan pesuruhjaya PAS negeri tersebut. Adakah Azizan selaku MB Kedah akan berdiam diri dan membiarkan diri dan pentadbirannya dikawal oleh Anwar dan konco-konconya. EP yakin Anwar sudah janjikan sesuatu yang besar kepada kedua-dua parasit ini jika berjaya menjatuhkan Azizan..Azizan...tak kan nak tunggu lagi??

Tahniah kepada PAS. Selesai masalah. Tak payah tanya di mana dapat idea ‘CAVEAT MB’ ini. Modelnya dah ada. Tak tahu? Ramai yang tak tahu bahawa MB Selangor pun kena CAVEAT dengan kepimpinan PKR dan Azmin Ali. Model yang dibuat di Kedah lebih kurang sama. Selepas semua pemimpin PAS cuba selesaikan masalah – deadlock. Maka, hadirlah seorang insan kamil dari Segambut yang memberikan idea BERNAS untuk meletakkan caveat kepada MB Kedah. Tak kenal orang itu?

Cadangan untuk melakukan ‘caveat’ kepada MB ini bukan benda baru. Anwar dan PKR dah buat lama. Kalau ada yang kata, MB Selangor adalah sangat berkuasa dan mempunyai segalanya dalam tangan. Perlu fikir semula. Kalangan penyokong PKR sendiri pun tahu, tak banyak mana kuasa MB Selangor. Semua kena refer kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri. Salinan minit mesyuarat Exco dan mesyuarat UPEN juga perlu diserahkan kepada Pejabat Penasihat Ekonomi.

Status report karya Rafizi Ramli lebih ‘berkuasa’ daripada minit MB di Selangor. Jangan main-main.

Ok, sekarang model sama akan dilaksana di Kedah. PAS perlu belajar bagaimana Anwar/Azmin mengawal kuasa MB Selangor. Ada cadangan untuk turut melantik Anwar sebagai ‘Penasihat Ekonomi Negeri Kedah’ dengan gaji RM1. Ini satu lagi publisiti murahan yang sedang dirancang.

Takkan PAS tak ada think tank sendiri yang boleh manage ekonomi Negeri Kedah. Takkan semuanya nak letak di bahu Anwar.

Kalau di Selangor, Azmin boleh menjadi ‘master’ untuk caveat kuasa MB – siapa yang akan jadi ‘master’ di Kedah. Mahfoz tak ada brain. Mat Sabu juga tak ada brain. Sebab itu idea untuk menarik Anwar sebagai penasihat ini timbul malam kelmarin.

Azizan akui, dia tidak mampu nak menarik pelabur. Ini masalah besar. Warga Kedah nak tengok ekonomi yang lebih baik. Sebab itu ada cadangan daripada Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat untuk meletakkan Anwar sebagai penasihat. Katanya, dua EXCO yang dilantik semula: Ir Pharolrazi dan Dr Ismail; juga menjadi pembawa usul kepada cadangan ini. - Gelagat Anwar

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.