Sunday, March 4, 2012

Biarpun polis kerap melakukan operasi bagi membanteras kegiatan maksiat, namun khidmat pelayan pelanggan (GRO) di negeri ini masih belum ada tanda kesudahan.

Ini terbukti dengan tertangkapnya 34 wanita disyaki menjadi GRO ketika sedang leka melayan pelanggan di tiga hotel bajet sekitar bandar ini, petang kelmarin.

Operasi bermula kira-kira 3 petang itu membabitkan sepasukan pegawai dan angggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, diketuai Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan itu, polis turut menemui lebih 100 kondom selain tisu dan minyak pelincir.

“Dalam serbuan pertama, kita menahan 12 wanita warga Indonesia disyaki GRO dan turut menemui 21 kondom serta dua gulung tisu.

“Manakala, serbuan kedua terhadap sebuah lagi hotel apabila seramai 13 wanita, sebahagian besar warga tempatan ditahan termasuk merampas 43 kondom dan dua gulung tisu.

“Ketika serbuan terakhir, lapan wanita warga tempatan dicekup termasuk menemui 45 kondom dan satu gulung tisu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Hamdan berkata, selain semua wanita berusia 23 hingga 58 tahun itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki dipercayai penjaga premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Seramai 11 pelanggan termasuk warga asing berusia lingkungan 20 hingga 60-an yang berada dalam semua premis berkenaan turut ditahan.

“Kesemua mereka ditahan reman sehingga 6 Mac ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran. Sinar

**ramai betul GRO di Malaysia ni..tiap-tiap hari ada saja tangkapan dibuat tapi masih tak habis juga masalah ini..Dari mana datangnya GRO GRO ini dan siapa yang bawa masuk mereka?

7 comments:

Anonymous said...

Biasalah tu, tanda tanda yang tidak dapat disangkalkan lagi ciri-ciri DAP dan mereka yang datang dari Tanah Besar, Tembok Besar dan lagak Besar...

Nanti mereka salahkan UMNO dan dihebah-hebahkan oleh keldai-keldai mereka : PAS dan PKR.... itu modus operandi PR daaa

Anonymous said...

senang citer tangkap masuk dlm sangkar campak kat laut je

Anonymous said...

Si cina sibuk buat bisnes maksiat, si melayu siam sibuk politik agama...tak da duit ... Nak harap derma je... Mmg dasar pemalas... Melayu br nak buat bisnes berskala besar sperti ternakan lembu fidlot... dapat membawa aliran wang tunai ke bangsa melayu... Difitnah hingga hancur...Mmg dasar kuang hajar melayu buddha ni.

Anonymous said...

sebab ada orang melayu jadi anjing dap busuk hati bangkai da diresapi iblis

Anonymous said...

Macamana nak kurang, hukuman yg dikenakan oleh pemerintah tak menakutkan langsung. Satu malam kerja dah boleh bayar. So salah sapa. Cuba bincang kat parlemen utk bagi hukuman yg lebih berat. Masa discuss tu baru boleh nampak ahli parlemen mana yg betul betul serious nak selesaikan masalah. Bukan apa takut ahli parlemen pun terlibat secara tak lansung dlm business ni.

Anonymous said...

Comey nye gro tu... Hahahaha

Anonymous said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.