Sunday, February 26, 2012


Badrul Amin tidak salah kerana beliau mahu menyelamatkan wanita itu dengan memberi tazkirah", kata Anwar Ibrahim sewaktu diakhir ceramahnya di Kuantan sebentar tadi.

Kata Anwar lagi, "Ini semua permainan kotor UMNO yang cuba memerangkap Badrul Amin dalam kes khalwat supaya menjadikan PKR tidak diterima oleh rakyat."

Apabila saya menerima SMS bahawa Badrul Amin ditangkap pukul 3 pagi dalam bilik hotel, saya sudah menjangka ini semua taktik kotor UMNO yang tidak senang dengan kejayaan parti PKR.

Walaupun kes ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung kepada parti tetapi persahabatan antara kami semakin kukuh....SUNGAI RAPAT ONLINE

**HEBATKAN PEMIMPIN PEMIMPIN PAKATAN...KALAU ADA SAJA PERKARA BURUK YANG BERLAKU KEATAS MEREKA, PASTINYA IANYA MERUPAKAN KONSPIRASI UMNO YANG DENGKI DENGAN KEJAYAAN PAKATAN..AGAKNYA UMNO DAH TAK DE KERJA LAIN NAK BUAT KOT?? HARI HARI KENA MEMIKIRKAN BAGAIMANA NAK PERANGKAP PEMIMPIN PEMIMPIN SUCI PKR MEREKA..

Ini penjelasan Ustaz kesayangan Anwar selepas kena tangkap khalwat....

25 Februari 2012.

Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon.

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

**macam-macam alasan..Kalau betul la seperti yang dikatakan oleh Badrul Amin..Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Kenapa Badrul Amim perlu berada didalam bilik tersebut?? Bukankan perbuatan itu boleh mendatangkan fitnah??

Kalau nak bincang pun..tak boleh ke tunggu esok pagi..atau berjumpa di lobby hotel atau di mana-mana tempat terbuka..sedangkan berdua-duaan dengan isteri orang di tempat terbuka pun boleh mendatangkan fitnah...inikan pula di dalam bilik yang tertutup...fikir-fikirkan lah..

9 comments:

Anonymous said...

ntah nak bincang kul 2.30 pagi..... haishhhhh

Anonymous said...

Betul tu Nuar, semua nya salah UMNO, heheheh..... PKR tip top tiada salah tiada silap,

Malang betul UMNO, tapi tak pe, UMNO juga akan jadi pilihan sebab lagi banyak yang dilemparkan kepqada UMNO, bertambah ramai yang akan menyokong nya plak...

Insya Allah UMNO akan kekal jadi peneraju pimpinan negara...

Nuar? PKR? belajar lah taubat dan insaf lah kalau Allah dah takdirkan sesuatu ( termasuk TIDAK Nuar jadi PM), maka tak jadilah...

Jujurlah kepada suara hati sendiri...ya Nuar and Badrul

Anonymous said...

klu aku la..dh la kes kganasan rumahtgga diorg..dh la lama smpai xdpt nk settle la plk tu.. nasihat pn dh bg smpai kluarga pn tau..kenal plk lg..bawak je la pompuan tu p balai polis..ni ada plk tlg bukak bilik plk lg..

sttmnt ko tu bg kt puak2 BEBAL ko je laa..

Anonymous said...

hebat sungguh Bad kita ni..tazkirah pukul 2.30 pagi di bilik hotel

Anonymous said...

...hehehe...macam2 kalau dh terjerat....ingat tu, pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk....jadi Ustaz...awak tu contoh pada masyarakat, ilmu agama 'tinggi', kalau perbuatan dan masa itu boleh menimbulkan fitnah, mengapa harus dilakukan?...kalau nak bagi kaunseling, yang pertama sekali, hubungi pihak yang bertanggungjawab dan suaminya...bukannya berdua2an...hmm Ustaz akhir zaman

Anonymous said...

... kalau kita tengok akhlak badrulamin cara cakap dia ... bermacam-macam alasan perkara biasa...itu kerja depa..kalau betul dan dibuktikan..inilah petunjuk Ilahi...jgn dok persalahkan org ..sampai bila nak persalahkan org,tuduh org !!!!!

Melayu Raya said...

Ustaz yg suka memaki hamun orang..Inilah balasannya..mereka ini memang phobia gila kat UMNO terutamanya ketua PKR tu..yg dulu sanjung bagai nak ghak UMNO sebab dapat apa yg dia mau...

Anonymous said...

Tazzzkirah pakai towel kaaa..ostat ! jgn nak keras nafi benda yg keras keras ekkkk!

Zahari Zainan said...

hahaha inilah yang dinama perjuangan assobiyah yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.W, memperjuangkan geng walaupun jelas songsang adalah sesat .. aap kata PAs ?? pas pastinya jawab assobiyah tu bangsa .. itu ajerlahh kamus PAS, tafsir maksud assobiyah secara sesat.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.