Friday, February 17, 2012


"I told you APPA!" Anwar Ibrahim kena sound dgn budak India di Brickfields!



Pernahkah anda lihat rupa seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri berterabur cabut bila rakyat datang minta tolong. Kalau tak pernah lihat, tengok saja muka Anwar Ibrahim, yang bergegas belah dalam sambutan majlis gegar Wilayah di Brickfields.

Ceritanya begini.

Seperti yang diceritakan sebelum ini, kehadiran Anwar dengan anaknya yang juga diangkat menjadi Bakal Perdana Menteri oleh kuncu-kuncu PKR (berapa banyak Bakal PM la ko punya family ni daa..) di Taman Seri Sentosa begitu hambar, siap dijerit-jerit pula oleh budak Cina PKR sendiri.

Mengikut jadual, Anwar sepatutnya selepas dari Tmn Seri Sentosa, terus ke Majlis di Brickfields tepat jam 4 ptg dalam gerak-gempurnya ke kawasan-kawasan Parlimen KL pada Hari Wilayah itu.

5 khemah disediakan di Brickfields dgn jangkaan 3,000 tetamu akan hadir.

Jika di Tmn Seri Sentosa, 10 khemah disediakan dgn jangkaan 5,000 dtg tapi hanya sekitar 350 yang hadir (kehadiran 7% dari jangkaan), di Brickfields pula kehadirannya pula dikira sukses untuk Program Nurul Izzah iaitu sekitar 300 org yang hadir dari jangkaan 3,000 orang (10%).

Itupun di Brickfields patut pukul 4 mula tapi Anwar dtg lambat pasal kosong, so dia pusing2 tunggu org ramai sikit. Bila orang tak ramai-ramai juga, ramai org luaryg dipaksa bergegas datang. Banyak agaknya dr Bkt Bintang, sebab nampak ramai yg pakai baju PKR Bkt Bintang.

Semasa Anwar berucap, terdengar laungan dari pengundi India, "you la penipu", "tipu kaum India".


Tapi yg paling mahal sekali ialah peristiwa semasa Anwar nak masuk kereta.

Sebelum masuk kereta, ada pakcik tua bawak baby dgn anak 18 tahun selamba datang jumpa Anwar mintak duit, "datuk seri, pls help me, want money".

Anwar jem, dan terus taichi pakcik tua ni pada kuli barunya Naib Presiden PKR N.Surendran. Anwar sendiri cepat-cepat masuk kereta dan belah. Lepas dia belah, Surendran bagi pakcik tua tu RM100. Tapi entah apa yang jadi, Surendran marah2 pakcik tu, tinggikan suara.

Entah apa yg Pakcik tu mintak tak lah dengar sangat, tapi Surendran suruh pakcik tu pergi ofis Nurul Izzah, Pusat Khidmat PKR di Lembah Pantai. Pakcik tu balas balik, dia kata dia dah 2 kali undi pakatan, dah banyak kali pergi ofis Nurul tapi tak dilayan. (Apa lah, orang Pusat Khidmat PKR ni pemalas ke hapa?)

Semasa itulah anak Pakcik tu tadi, yang menjadi tajuk Artikel ini, bersuara lantang,

Apa kata anak pakcik tu?

Selamba je anak dia cakap di depan orang ramai,

"appa i told you already appa, y u ask for help from pkr, they'll never help you, better ask from bn lah"

Jem kepala otak semua penyokong PKR di situ.

Dan yang tambah syoknya ialah bila Anwar belah, habis semua yg datang tadi dalam 300 orang, belah sekali. Tinggal lah 25-30 org.



Nurul yang memang dijadualkan berucap pun mula lah berucap, tapi tinggal 25-30 org je dgr Nurul.

Nurul oh Nurul, inilah akibatnya bila pandai berjanji dan bercakap, tapi kerja tak ada, pemalas, tahu nak glamer di luar negeri.

Memang lingkuplah nampaknya Nurul Izzah kena penangan Raja Nong Chik pilihanraya kali ini. BERITA LEMBAH PANTAI

3 comments:

Anonymous said...

ni kalau puak pkr yang hantar memo ni .. kalau baut camni mmg terus rusuhan ni ..

respek sama kumpulan india ni .. blah tanpa rusuhan :)

Anonymous said...

Kami juga sedih masalah masyarakat orang india ni. You all kena bersatu dan satu lagi SABAR. BN juga yang terbaik walaupun tak sempurna!!! kita manusia tak lari dari kesilapan. Yang RACIST ialah PARTI PKR, bukan orang Melayu. Begitu juga, saya lihat Datuk P.Kamalanathan orang yang baik dan jalankan tugas dengan dedikasi. So apa lagi orang India, Mau undi lagi itu Macha" Anwar Ibrahim. Bila sudah dapat kuasa, saya ingat, itu pintu pagar pun you tak boleh letak memorandum...Ini Malaysia kita sama-sama hidup di dalam nya. kalau dulu orang Melayu, India dan Cina boeh hidup berbaik-baik kenapa sekarang tidak. Tolong pikir lah Ane!!

Anonymous said...

setuju sama anon 9:26 pm...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.