Monday, February 13, 2012


Penerimaan masyarakat terhadap Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencapai tahap 86.3 peratus pada tahun lalu, sekali gus menunjukkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, statistik itu diperolehi melalui kaji selidik yang dijalankan terhadap 22,541 responden pelbagai kaum di seluruh negara. Katanya, tahap penerimaan masyarakat itu melebihi 1.3 peratus Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kementeriannya iaitu 85 peratus. “Walaupun penerimaan masyarakat terhadap gagasan ini mencapai 86.3 peratus, kita tidak boleh memandang ringan perkara ini.

“Malah, kita perlu berusaha memperluaskan lagi kajian dan responden yang menjawab kaji selidik bagi tahun ini,” katanya kepada pemberita. Kajian Penerimaan dan Pengamalan Masyarakat Terhadap Gagasan 1Malaysia 2011 itu adalah kesinambungan terhadap kajian yang dilaksanakan pada 2009 dan 2010. Ia dilaksanakan oleh Cawangan Penyelidikan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

5 comments:

Anonymous said...

dah dapat Rm500 kena sokong lah BEB!

Anonymous said...

harap harap lepas ni RM 500 tu akan di beri tiap tiap bulan....

Anonymous said...

kerajaan kata akan bagi setiap tahun kalau kewangan malaysia kukuh syukur la bagi yang memerlukan walaupun aku tak layak takpe

Anonymous said...

Ceh taik sngguh, mg wak survey nge org2 hok kuat umngok dh mmg gitun resultnya..jgn buat lwak ah..wakakaka

Anonymous said...

Tak kesah la tu..20% tu tentu dari negeri pembangkang..alhamdulillah...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.