Monday, February 13, 2012

Lebih 43 helai sejadah berdiri tegak seolah-olah sedang bersolat di dalam sebuah surau lama. Kejadian aneh tanda kebesaran Illahi yang menggemparkan penduduk setempat itu -- disaksikan sendiri pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang.


Menurut pengasas pusat pengajian Islam berkenaan, Azizah Khatib Mat, kejadian itu dimaklumkan oleh pelajarnya, sejurus selepas masuk waktu Maghrib malam semalam.
"Pagi tadi saya suruh pelajar ni ambik sejadah ni untuk dibasuh, kemudian mereka basuh dan sidai. Bila petang lepas asar hujan diorang angkat dan benda tu lembab. Jadi diorang naik keatas ni dan terus hamparkan supaya benda tu kering dan dekat hendak Maghrib, mereka buat persiapan solat Maghrib dan solat hajat. Ada empat daripada pelajar tadi hendak ke bilik air dan sorang hendak masuk ambil sikat. Bila nak masuk jer dia orang tengok yang first ni tunduk dan tersusun dan menghadap kiblat dan safnya tersusun-susun. Jadi diaorang terus berlari ke bawah memberitahu kawan-kawan dia." Azizah khatib mat/pengasas ma'ahad tarbiah darul hijrah al-islam.
43 sejadah ini yang diletakkan di dalam surau lama maahad berkenaan menghadap kiblat dan berada dalam kedudukan solat seperti berdiri tegak, duduk di antara dua sujud dan sujud. Kesemuanya kekal berada dalam keadaan demikian sehingga pagi tadi. Kejadian aneh ini turut menarik perhatian orang ramai yang tidak putus-putus mengunjungi surau berkenaan sejak pagi tadi.


Beberapa pendakwah bebas yang ditemui menyifatkan kejadian ini sebagai tanda kebesaran Allah swt supaya umat Islam kembali kepada ajaran-agama Islam yang suci.

- betul-betul hangat

11 comments:

Anonymous said...

PERPEGANGLAH PADA TALI ALLAH...
SESUNGGUHNYA KESESATAN YG MENANTI JIKA KITA MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI...

NASIHAT AKHIR ZAMAN...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

Apa ni, x penah terfikir ke suma ni hanya 'prank' yg budak2 suka buat. Jangan buat malu Islam la

Anonymous said...

Salam..apa yg brlaku hanyalah sekadar tipu daya jin dn syaitan.jgn terlalu taksub dn membuat pelbagai andaian yg negetif.apa saya lihat melalui solat istikharoh,ini semua adalah tipu daya jin untuk merosakkn manusia.dlm surau tersebut terdapat lebih daripada 50 makhluk jin.

Anonymous said...

perkara yang pelik tapi bukan mustahil. hanya terjadi dengan izin Allah

apa yg berlaku ialah sebagai ujian dan pengajaran kpd manusia

Kebesaran Allah tiada tercapai oleh makhluk. samada peristiwa ini benar atau muslihat bukan suatu kepentingan. cadangan/nasihat dari aku :

sama2 kita mendekatkan diri kepadaNya

Anonymous said...

@Anonymous February 13, 2012 2:30 PM

Hahaha cam bangang kata tipu daya jin. Apa jadah jin nak susah payah susun sejadah tu, ni bukan jin raja lawak. Cakap jangan ingat pandai, konon leh kasyaf la ko ni, pirah. Apa pun anggap je benda baik, jin susun sejadah hahahaha.

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

lagi kisah sejadah .... baru lagi jadi jom layan

http://copypaste-tembakjerr.blogspot.com/2012/02/kisah-benar-cerita-sejadah-duduk.html

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

lagi kisah sejadah .... baru lagi jadi jom layan

http://copypaste-tembakjerr.blogspot.com/2012/02/kisah-benar-cerita-sejadah-duduk.html

Anonymous said...

memang le kita percaya semua boleh berlaku dengan izin Allah..tapi ntah2 ada org buat kot..sebab tak ada yg nampak?

Anonymous said...

mudah jer..

Minta Pengasas dan seluruh pelajar dan kakitangan serta penduduk kampung Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al-Islam, Maran, Pahang tu solat hajat beramai2.
Minta petunjuk Allah samada isu ini benar atau ada pihak yg sengaja menyusun sejadah2 tersebut utk tujuan yg kita sendiri kurang faham.
Sekiranya tidak benar, mintalah balasan Allah kerana perbuatan itu boleh merosakkan aqidah.

Anonymous said...

Tu pun nak percaya.....banggang tul. Stakat tu jer petunjuk nya??? Tu hanya petunjuk keje penyangak ade la.

Sempoije said...

bab bnda pelik2 ni kena bhati2..mungkin mahluk Allah gak yg buat, tapi dengan izin Allah jua. Namun Allah berikan akal utk berfikir, adalah lebih baik mengambil kira itu sbgai ujian iman kpd smua kaum muslimin.. Teringat kisah sms yg diforward tntang balasan kalo tk diforwardkan..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.