TERKINI : ANWAR TETAP PERTAHANKAN ISRAEL..GESAAN MAJLIS SYURA PAS TIDAK DIENDAHKAN..


Adalah haram untuk menyokong kewujudan negara haram Israel walaupun mereka mengembalikan  hak rakyat Palestin atau atas apa sebab sekalipun hingga ke hari kiamat. 

Sesungguhnya benarlah firman Allah 1400 tahun lalu: 

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". 
Surah Al -baqarah, 120. 

Bagi sesiapa yang tidak yakin dengan firman Allah, anda bolehlah terus menyokong Anwar yang menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

SAY NO TO ISRAEL & ANWAR.
TIME-4-ABAI= Asal Bukan Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan kontroversi ekoran temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu berkata, PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Anwar mengeluarkan kenyataan ini menjawab pendirian Dewan Ulama Pas dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin bahawa Anwar perlu menarik balik kenyataan atau meminta maaf jika laporan hasil temu bual dalam akhbar itu tidak betul.

Pagi tadi, Anwar berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya.

Menurut Anwar lagi, derita ditanggung setiap hari tatkala rakyat Palestin menyabung nyawa menyelamatkan diri dari serangan dan pendudukan tentera Israel.

"Ini kenyataan kehidupan seharian seorang rakyat Palestin yang harus kita insafi," katanya lagi.

Anwar berkata, sepertimana pertemuannya baru-baru ini di Doha dengan ketua Hamas Khalid Mashaal, sebelum termeterainya persetujuan bersama tersebut, beliau ulangi dokongan buat perjuangan rakyat Palestin, Hamas dan Fatah.

Kata Anwar, pengiktirafan negara Israel tertakluk selagi mana rejim itu menghormati kedaulatan wilayah dan keselamatan rakyat Palestin.

"Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama Hamas dan Fatah di Doha hari ini.

"Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dokongan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin," katanya.

Anwar juga menambah, seandainya perkara itu dihormati, maka kewujudan Israel akan diiktiraf.
"Inilah juga semangat yang terkandung dalam kenyataan saya, pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin," katanya lagi.
TERKINI : ANWAR TETAP PERTAHANKAN ISRAEL..GESAAN MAJLIS SYURA PAS TIDAK DIENDAHKAN.. TERKINI : ANWAR TETAP PERTAHANKAN ISRAEL..GESAAN MAJLIS SYURA PAS TIDAK DIENDAHKAN.. Reviewed by Empayar Pemuda on 10:43 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Dalam Alquran telah menyebut 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:
    1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
    2. Kebanyakan mereka fasik dan hanya sedikit yang beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

    3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
    4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An'am:20)
    5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
    6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)
    7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
    8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)
    9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
    10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
    11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)
    12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam karena dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)
    13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)
    14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)
    15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)
    16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)
    17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
    18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)
    19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)
    20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
    21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)
    22. Selalu melakukan kerusakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

    ReplyDelete
  2. Haram menyokong kewujudan Israel, Haram bagi pemimpin yang menyokong kewujudan Israel dan Haram bagi penyokong yang menyokong pemimpin yang menyokong kewujudan Israel.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.