Wednesday, February 8, 2012



EP bersetuju dengan cadangan Nik Abduh dalam hal ini tetapi tanggungjawab ini bukan tanggungjawab kerajaan pusat semata-mata..Sebelum Nik Abduh  nak desak kerajaan pusat untuk buat iklan pasal bertentangan dengan syariat Islam menyambut hari Valentine ni apa kata Nik Abduh desak dulu kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan haram untuk melakukan perkara itu dulu..lebih molek..sebab sekarang ni kuasa dah ada di tangan..kalau dulu boleh la asyik menyalak je..tak kan sekarang ni pun nak menyalak lagi..




Pemuda PAS tidak seharusnya melihat sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih sebagai sesuatu yang buruk kerana sambutannya semata-mata ingin menyatakan rasa cinta kepada pasangan, keluarga dan rakan.

Presiden Suara Wanita, Chew Hoong Ling berkata, aktiviti tidak bermoral berlaku setiap hari dan bukannya pada sambutan Hari Kekasih sahaja.

"Jadi Pemuda PAS tidak seharusnya terlalu takut atau curiga tentang Hari Kekasih," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kempen anti Hari Kekasih yang dibuat setiap tahun bagi memastikan umat Islam tidak menyambut hari hari berkenaan.

Pada Selasa, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menggesa kerajaan menyiarkan iklan bagi menyatakan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam menjelang sambutannya pada 14 Februari ini.

Selain itu tambah Chew, kebiasaanya masyarakat Asia didapati sukar untuk meluahkan rasa cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing dan memerlukan satu hari istimewa untuk meluahkannya.

2 comments:

ATOK PERAK said...

bagus tu.Kita lihat negeri yang pegang pembangkang yang mana jadi yang pertama mengiklankan Hari Valentine haram diraikan.Tok tak perlu iklan tapi tok tetap tau yang Hari Valentine tu bukan hari yang boleh org Islam raikan.Jangan harap kerajaan pusat je.Tapi kerajaan negeri pun punya kewajiban yang sama.
jangan pandai medesak pihak kerajaan pusat je tapi kerajaan negeri yang pembangkang perentah tak pula disuruh buat benda yang sama.Kita sama2 mencegahnya kan bagus??????

Anonymous said...

Nik Abduh kena sruh ayah dia gi dakwah kat cina tu. tak faham lagi tu. Cina DAP yg racist pun blh 'masuk Islam' dgn 'dakwah' Nik Aziz.

Letak juga signboard 'MAKSIAT DAN ZINA ADALAH HARAM' kat taman-taman rekreasi, belakg2 kedai, depan hotel bajet, depan pub dll. Khususnya di Selangor. Tu baru bunga perjuangan Islam, blm core lagi.

klu PAS dlm PR pun tak mampu, jgn nak kondem kerajaan lbih2.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.