Friday, February 10, 2012



Usaha meletakkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 membuktikan ada perancangan dalam parti tersebut yang mahu ‘menghalau’ Ahli Parlimen Kubang Kerian itu daripada bertanding di Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ura-ura Salahuddin akan bertanding di Johor menggambarkan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu sudah tidak ada tempat di Kelantan kerana dianggap orang luar.

“Orang Kelantan sudah bising, kalau hendak memerintah negara kenapa mesti ada calon luar bertanding di Kelantan. Takkan hendak memerintah negara ini, orang luar tidak sanggup hendak bertanding di tempat masing-masing.

“Macam mana hendak memerintah negara kalau semua hendak tumpu di Kelantan. Jadi, kerana adanya fikiran begitu, mereka tuntut orang luar yang bertanding di Kelantan seperti Dr. Mohd. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Salahuddin dan Nasharudin Mat Isa (Ahli Parlimen Bachok) ini dikeluarkan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia bertemakan Transformasi Pendidikan di sini hari ini.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat diminta mengulas spekulasi Salahuddin akan bertanding di Johor dan akan dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri itu nanti.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menyifatkan impian pakatan pembangkang untuk menawan Johor sebagai angan-angan kosong kerana Barisan Nasional (BN) cukup bersedia untuk mengekalkan negeri itu sebagai benteng kuatnya.

Apatah lagi, katanya, pembangkang di Johor sedang bergelut dengan masalah dalaman termasuk persengketaan Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau dengan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng selain isu masalah parasit dalam Pas.

2 comments:

Anonymous said...

Saleh Hud Din -tak perlu risau kalau tak dapat bertanding di Kelantan dan "Pasti" Kalah di Johor... dia masih berpeluang menjadi "Pengerusi" kelab Vespa di Muo...

Anak Lenggong said...

Jangan lupa juga disebabkan takut sangat kalah PAS dan DAP selalu nya meletakkan satu calon nya bertanding di 2 kawasan satu Parlimen dan satu Adun..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.