Thursday, February 16, 2012


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersendakan tindakan kerajaan mewajibkan logo 1Malaysia atas barangan subsidi dan berkata ia mempunyai kesan minimum bagi memancing undi kepada BN.

NONE"Isunya ialah, jika mereka letakkan logo, harga mesti turun, tetapi jika mereka letakkan logo tetapi harga tetap naik, mereka tidak akan dapat undi.

“Rakyat akan lihat logo itu sedar bahawa harga barang akan naik," kata Anwar sambil berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika sambutan Maulidur Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe pada 10 Februari lalu mengumumkan tiga barang kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak – mesti memaparkan logo 1Malaysia pada bungkusannya untuk layak menikmati subsidi kerajaan.

Idea berkenaan dikatakan bertujuan memaklumkan kepada pengguna bahawa produk tersebut disubsidi oleh kerajaan dan sepatutnya dikuatkuasa mulai bulan ini.




2 comments:

Anonymous said...

Anwar boleh gunakan logo gaynya utk percubaan di Selangor, sama ada diterima rakyat atau tidak - lekatkan pada setiap biji pasir yg dikorek.

Apa mcm, logik tak?

Anonymous said...

Anwar mmg xbleh tgk atau dgr tentang 1Malaysia.. kalu dgr mesti dia meroyan.. Azmin jgk yg jadi mangsa.. kena tahan belakang.. Hahahaha

zoRRo...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.