MEMALUKAN : NIK AZIZ KATA NABI MUHAMMAD SETARAF DENGAN MANUSIA BIASA??


Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof meminta mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan penjelasan terhadap kenyataan yang menyebut Nabi Muhammad s.a.w sama dengan Muhammad lain ketika remajanya.

Menurut beliau Rasulullah s.a.w bukanlah manusia biasa sebelum atau selepas diangkat menjadi Rasul sebaliknya manusia yang istimewa.

Justeru beliau  dengan tegas meminta mana-mana pihak atau cendekiawan agama yang seolah-olah menyamakan Nabi Muhammad s.a.w sama dengan Muhammad lain ketika remajanya memperbetulkan kenyataan berkenaan.

“Nabi Muhammad itu semasa di dalam kandungan ibunya sudah pun luar biasa. Apabila dilahirkan pun beliau cukup luar biasa dan berbeza dengan bayi-bayi lain yang dilahirkan pada waktu itu.

“Malah dadanya dibelah ketika baginda berada pada usia kanak-kanak lagi dan keadaan itu tidak berlaku kepada kana-kanak lain. Malah pada zaman remajanya Rasulullah s.a.w digelar Al-Amin iaitu seorang yang amanah dan jujur.

“Jadi saya tidak tahu bagaimana terdapat pihak-pihak tertentu yang menyamakan Rasulullah s.a.w pada zaman remajanya sama seperti kanak-kanak lain. Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w cukup istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terdapatnya pihak tertentu yang menyamakan Nabi Muhamamda s.a.w apda zaman remajanya dan sebelum diangkat menjadi Rasul adalah manusia biasa dan seperti remaja-remaja lain.

Ustaz Afandi seterusnya menegaskan perkara berkenaan boleh menimbulkan keraguan dan tanda tanya kepada masayarakat umum akan keistimewaan yang ada pada Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya kalau kita kata Nabi Muhammad sama dengan Muhammad lain pada usia remajanya umpama menghina kemuliaan junjungan besar Rasulullah s.a.w.

“Jika apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz itu benar sepertimana tersebar di internet hari ini, saya minta beliau perjelaskan sebetulnya dan jika tidak benar beliau perlu menafikan perkara berkenaan yang menjadi perbualan umum. Kita tidak mahu perkara ini mengelirukan umat Islam,” katanya. – MediaUMNO
MEMALUKAN : NIK AZIZ KATA NABI MUHAMMAD SETARAF DENGAN MANUSIA BIASA?? MEMALUKAN : NIK AZIZ KATA NABI MUHAMMAD SETARAF DENGAN MANUSIA BIASA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 3:19 PM Rating: 5

13 comments:

  1. Nik ajis ni dah lama kufur, sesat lagi menjesatkan.

    ReplyDelete
  2. Rasanya tidak boleh dikaitkan dengan kelahiran Rasulullah s.a.w untuk menunjukkan "keluarbiasaannya". Kalau di ikutkan kelahiran kejadian Adam dan Hawa serta Nabi Isa a.s lagi luarbiasa. Budhha pun kalau ikut hikayatnya pun lahir dengan cara luar biasa. Begitu juga dengan Hang Tuah. Bonda Hang Tuah mengikut empunya cerita termimpi bulan jatuh dijendela atau jatuh ke ribanya. Itu pun lluar baisa. Menurut orang SYiah kelahiran Syaidina Ali pun luar biasa juga !!

    Luar biasa Rasulullah semasa remaja bukan sebab baginda dibedah. Kalau begitu kalau ABu Lahab sekali pun semasa remajanya di bedah adakah beliau akan menjadi luar biasa juga? Jawapnnya tidak sebab sifat kendiri Rasulullah yang luar biasa bukan sebab beliau di bedah. Samada baginda di bedah atau tidak baginda tetap luarbiasa orangnya. Jadi hujah baginda dibedah ini terbatal dengan sendirinya.

    Rasullullah s.a.w ialah manusia biasa yang luar-biasa yakni seperti amanahnya luar biasa , tekun baginda ialah luarbiasa, ketabahan baginda adalah luar biasa, keberanian baginda ialah luar biasa, kepimpinan baginda luar biasa, lemah-lembut baginda ialah luar biasa dan sebagainya.


    Tetapi keluar-biasaan ini sebagai manusia tidak melampaui batas-batas manusia. Dan keluar biasaan ini atau sifat sifat ini boleh kita tiru dan capai sekalipun. Contohnya kesabaran baginda adalah luarbaisa tetapi ada batas manusianya. Kadang-kadang timbul juga amarah Rasulullah. Lemah lembut baginda adalah luar baisa tetapi ada batasnya. Itulah maksudnya Rasullah yang luar biasa tetapi tertakluk kepada batas-batas manusia.


    Jika Allah berkehendak sesuatu yang luar batas manusia untuk menjadi Rasul lebih baik Allah menghantar Malaikat. Tetapi Allah menghantar Rasul dan Nabi di kalangan manusia sebagai contoh yang mampu diikuti oleh manusia sekelian di seluruh alam.

    Wallahualam. Sekadar memberi pendapat

    ReplyDelete
  3. maksud NA ialah macam manusia biasa ialah seperti kita ada 2 mata, ada 2 tangan, ada 2 akaki ada pancaindera tanpa menafikan kelebihan dan kehebatan Rasulullah SAW daripada kita semua.....ada faham....

    ReplyDelete
  4. Nik aziz aku tengok makin sehari makin meroyan....janggut pun dah macam kambing gurun...dah tu sesat lagi menyesatkan...aku pun tak faham apa ke jadahnya nik aziz ni????? kata alim ulamak.....kimak nko...tak habis2 keluar fatwa yg menyesatkan......pandan le pengikut dia pun sesat sama.......bungkus le pas...insyaallah...

    ReplyDelete
  5. ADUHHH KENA JADI BEGINI PEMIKIRAN DAN LIDAH POK NIK?? YA ALLAH ...APA SUDAH LUPA DALAM ALQURAN TELAH ALLAH NYATAKANNYA..ADUHHH APAKAH INI HUKUMAN KEPADA MANUSIA YANG MELACURKAN HUKUM ALLAH DEMI KEPENTINGAN POLITIK?? APAKAH BALIAU SUDAH NYANYOK? POK NIK INSAFLAH...SEDARLAH CUKUPLAH DENGAN SEGALA PENIPUAN ..BERSARALAH..KAMI AHLI PAS DAH MALU DENGAN KENYATAAN2 YANG MELALUT DAN MENGHINA ISLAM...

    ReplyDelete
  6. Sememangnya Rasullulah itu manusia biasa dari segi kejadiannya..dia manusia ..bukan malaikat.Yang dok koner bearing ni bakpo pula kata Muhammad tu sama dengan Muhammad budak kampung biasa...bercakap tu jangan buat orang curiga walau pun banyak ilmu...dan yang sokong tu pun janganlah berlebihan hingga kata sifat yang ada pada Rasul tu boleh kita capai....sama dengan Baginda , mana mungkin walaupun dia menjadi ikutan dan model.Itu Makam Mahmudah yang dianugerahkan kepada seseorang Rasul saja....kalau nak sama manusia biasa dengan Rasul maka nampaknya dah tersasarlah tu......cakap tu janganlah berbelit-belit....

    ReplyDelete
  7. wali trompah setaraf dengan selipar jamban

    ReplyDelete
  8. Masyallah. Lahirnya Muhammad saw memang untuk menjadi pesuruh Allah swt. Kerja Allah swt. Macam mana boleh disamakan Muhammad yg lain ketika kecil atau remaja lagi? Yaallah ampunkanlah dosa kami.

    Aku tak salahkan TGNA. Kerana beliau adalah manusia biasa macam kita. Tidak semua ilmu Allah swt dapat diterokainya. Jadi biarkan lah. Setiap manusia ada kejahilannya.Kita mendoakan muga2 kejahilan kita diampuni Allah swt. Kurang manis menuduh sesama kita.

    Akhir kalam...yang baik kita ikut dan yang menyimpang dijadikan ikhtibar...Betulkan aku kalau tersilap. Sbb aku boleh diperbetulkan lagi sekiranya telah membuat kesilapan. Aku bukan manusia yg taksub.

    ReplyDelete
  9. Memang manusia biasa pun..

    Repeat: manusia biasa!

    Ada FAHAM?

    ReplyDelete
  10. Sesiapa yg anggap Nabi Muhammad 'bukan manusia biasa', maka bertaubatlah, anda termasuk golongan2 yg memuja & menyembah Nabi Muhammad!

    ReplyDelete
  11. perghh,,rmainya yg lurus bendul,,haiyo,,dgn hanyo VID yg seberapa MINIT pastu ditokok tambah mulut2 manusia bendul hasad kotoq!,,aku brani kerat jari tenuk2 diatas 1 haram x usaha dengar pnjlsan penuh nik ajis,haron din,ismail kamus mngenai penyata subjektif nabi sama sprti manusia2 lain spya mudh dcntohi umat,,hasad x abeh2,,ampa pi jumpa tkoh2 tu pastu ampa luah apa yg ampa x puas ati,,yg ampa reti mengumpat,ftnah,tokok tambah di blkg trtuduh,,kotoq2,,
    ,,selera toii ampa telan bnda2 manipulasi sial cm ni noo,,cukop2 bangang manusia yg kaki hamun ftnah tiang2 agama sndiqini!,,

    ReplyDelete
  12. pada ampa yg ati perot kuning,,ampo nilai bagi habehh dulu!ampa igt badan2 AGAMA BRTAULIAH NEGARA BANGANG,BODOH,JAHIL,PARIA CAM PUOK LORDREID AMPO KEWW HUHH SMPAI 1 HARAM X PNAH AMIK TNDAKKAN PADA TOKOH2 AGAMA ''SESAT''YG BRLAMBAK2 STAY DLM SYURA ULMAK PAS NUU!!

    SDGKN MUFTI2 SNDIQI MGHORMATI MREKA!!KURG AJAQ TOII SPESIS DAKYAH SESAT KAPIR PADA ORG2 AGAMO DGN 1 HARAM DALIL BUKTI POWN X KASI!!LEMBU!,,SORYYY,,DH MLMPAU PNDKYAH2 lurus bendul NI!!BILA tkoh2 tu ajak muzakarah brsmuka utok umat nilai mulala pangai bacoll puok2 lordreid ni,,yg ampa taww MENYALAK blkg!!bacoll!!,soryy,,fact zman brzaman2 cai2 oii,,hinguss

    ReplyDelete
  13. Sepatutnya ustaz2 yg ada di malaysia ini perlu bertanggingjawab pada ceramah mereka dan ceramah mereka ini perlu difahami oleh pihak marhaen.dan kene ada undang2 yang mengeluarkan bahawa jika berbahasa melayu hanya ceramah yang berbahasa melayu yang difahami oleh seluruh penduduk malaysia sahaja yang patut digunakan,bukan dialek kelantan la,terengganu la,kedah la,negeri sembilan la.jika yidak ini akan mengelirukan rakyat malaysia yang tidak memahami dan akan membawa tafsiran sendiri.takkan duduk malaysia berpuluh2 tahun x reti cakap melayu betul?klau x tau tu memang mengada dan x payahla berceramah jika nak cakap bahasa melayu betul pn dah x tahu(dialek tau plak)....

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.