Wednesday, February 1, 2012


Semakin lama isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) semakin terserlah kelemahan dan perpecahan pendapat di dalam parti PAS itu sendiri.

Isu KUIN timbul kembali apabila pertubuhan haram Solidariti Minoriti Mahasiswa (SMM) menyuarakan kembali isu penggantungan lima mahasiwa KUIN pada bulan Mei tahun lepas oleh pentadbiran Azizan Razak yang juga merupakan Menteri Besar Kedah.

Ironinya, pemimpin PAS itu menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk menggantung pelajar-pelajar tersebut! Padahal, selama ini PAS dan Pakatan Rakyat beria-ia mahu menghapuskan AUKU seperti tertera dalam buku Jinggay.

Nampaknya, isu AUKU adalah di antara Azizan Razak dengan seluruh kepimpinan PAS dan sekutu mereka!

Tetapi anda tersilap !

Peguam yang akan mempertahankan Azizan Razak dan KUIN menggunakan AUKU untuk menggantung 5 pelajar itu tidak lain tidak bukan ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP itu sendiri!
Perkara ini dibocor sendiri oleh Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS !


Persoalannya,

1. Apakah penglibatan Pengerusi DAP itu bermaksud beliau sebenarnya menyokong AUKU?

2. Apakah DAP menyokong AUKU kerana pengerusinya sendiri menjadi peguam membela KUIN menggunakan AUKU?

Persoalan ini sangat serius kerana Pakatan Rakyat amat berminat memansuhkan AUKU termasuk DAP dan pengerusinya.

Dan janganlah pula DAP mengeluarkan jawapan skema mereka iaitu :

1. 'tindakan pengerusi DAP di atas peribadi dan tidak mencerminkan pandangan parti DAP'.


atau pun

2. 'semua isu itu adalah sebahagian daripada kerja seharian dan tiada kena mengena dengan urusan parti DAP'.

Walau pun ianya melibatkan kerja sebagai peguam tetapi sebagai pemimpin veteran, Karpal Singh DAP sepatutnya berpegang kepada etika dan prinsip melebihi daripada wang dan profesyen beliau. SETERUSNYA...

2 comments:

Anonymous said...

Depa mana berani kat karpal ni... kalau anwar atau pkr tegur dia akan bgtau 'Anwar ibrahim harus bertaubat' kalau pas pulak tegur dia bgtau kalau nak buat negara islam 'Over my dead body first' . Depa kecut teloq dgn dia ni..

Aryan Brotherhood

Anonymous said...

Karpal Singh mana kira AUKU ka apa ka.. janji masyukkkkk... bodo puak2 Pas Pis Pus nih.. Meroyan xtentu hala..

Varto Loc0s..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.