Sunday, February 12, 2012


Dato’ Ibrahim Ali mempersoalkan gelaran ‘Anugerah Tuhan’ yang ditabalkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“…Berapa ramai orang yang merana, menderita, berkorban kerana mempertahankan manusia yang dikatakan ‘Anugerah Tuhan’ oleh isterinya. Bukan ‘Anugerah Tuhan’, ini ‘Anugerah Malapetaka’ bagi negara Malaysia.

“Anugerah yang memusnahkan umat Islam, Melayu, dan juga agama Islam bagi negara kita Malaysia, kalau kita tengok tindak-tanduk politiknya sekarang ini. Jadi, semuanya ini adalah kesalahan beliau”, kata Ibrahim yang juga rakan Anwar sejak dari tahun 70-an. AIDC

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.