Sunday, February 19, 2012


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Umno dan penyokongnya tidak mempolitikkan kenyataan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyokong usaha-usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pandangan Ketua Pembangkang itu disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

Dr Wan Azizah menegaskan, ia tidak harus dijadikan bahan politik memandangkan Anwar telah pun membuat satu penjelasan berhubung kenyataan itu baru-baru ini, selain pandangan pemimpin Hamas, Khaled Meshaa ketika kunjungannya ke Qatar.

Beliau berkata, hasil daripada pertemuan itu, Khaled menerima baik penjelasan Anwar dan menganggap ia bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.

"Jika pemimpin Hamas sendiri pun sudah menerima dengan baik perkara ini, kenapa kita pula yang harus perbesarkan? Saya menganggap ini satu salah faham yang perlu diperbetulkan.

"Tak ada isu pun dalam perkara ini, tapi ia diperbesarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada pemberita pada majlis Sambutan Maulidur Rasul di sini, hari ini.

Khamis lalu, Anwar yang dilihat mempertahankan pandangannya yang disiarkan oleh WSJ, berkata, PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Anwar menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

"Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

"Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia," kata Anwar.

Anwar mengeluarkan kenyataan ini menjawab pendirian Dewan Ulama Pas dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa lalu bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu menarik balik kenyataan atau meminta maaf jika laporan hasil temu bual dalam akhbar itu tidak betul.

Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan bersama Nik Abdul Aziz, Dr Wan Azizah berkata, Anwar akan menjelaskan secara terperinci kenyataannya tentang Israel.

"Dalam pertemuan itu juga dijangka akan membicangkan cadangan Pas yang menggesa Anwar untuk menarik balik kenyataan yang dibuat di WSJ... kata putus akan dibuat selepas perbincaangan itu kelak," katanya lagi.

Beliau menambah, pertemuan itu dijangka berlangsung di ibu pejabat PKR, malam esok.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

12 comments:

Otak geliga said...

ntah apa yg Anwar poooosingh pd pemimpin Hamas agaknya.....hehehehe

apa2pun mmg Anwar sokong MELINDUNGI KESELAMATAN ISRAEL mendahului KESELAMATAN PENDUDUK PALESTIN......muktamad!

sendiri gari lobang, sendiri masuk lobang, lepastu salahkan org lain...heh

Anonymous said...

da negara israel tu takde negara tetiba meropak negara orang lain tu pun memang celaka la ko nuar ngn bini ko sekali dan geng2nya bodoh

Anonymous said...

jangan nak main wayang jijah,biar HAMAS keluar statement sendiri tentang kenyataan nie,kalau jijah mahupun anuwar yang ckp,kami xberapa nak caya sgt sbbnya suami isteri ni mmg kaki bohong menipu lbh banyak dr kebenaran

Anonymous said...

bos hamas bergambar dgn laki ko sambil senyum ko kata dah ok, ko ingat kita bodo macam puak pas dan pkr ke

Anonymous said...

KALAU LAKI PENIPU BINI PUN PENIPU-KALAU LAKI MUNAFIK BINI PUN MUNAFIK-INSAFLAH WAHAI JIJAH TERIMALAH HAKIKAT YG LAKI HANG MEMANG MEMBALUN CHINA DOLL-MASIH ADA MASA LAGI BERTAUBAT NASEHATILAH SUAMI KAMU AGAR BALIK KEPANGKAL JALAN
DAN JANGANLAH KAMU SAMA SAMA TERJERUMUS KELEMBAH YG CUKUP HINA DAN DILAKNAT ALLAH

Anonymous said...

Jijah ni.., kalau laki dia cakap air taik idung dia bole dibuat ubat macam sarang burung walit pun, Jijah akan percaya....


Bini kpd si 'anugerah Tuhan'.., takkan nak tak percaya, kan?

Ya Allah..., Jauhkanlah aku serta anak2 cucuku dari dipimpin oleh keluarga songsang ni... ! Amiiin...

Anonymous said...

Masih bole pakai kah Azizah?

worldLORD said...

betul betul dungu ko jijah....dah terang lagi bersuluh....ko ingat laki ko tu bagus dan alim ...tahi kucin....jangan salahkan orang lain...ko asyik syok sendiri jer...ko biarkan laki ko taram china doll...

Anonymous said...

Ikut jela bontot anu war.. di sokong Israel kak jah pun sokong Israel.. Buakan sekrang je si nu war sokong israel, sejak dulu2 lagi dah cuba baca majalah, surat khabar israel..tu . mereka memang sokong anu war tu...

Anonymous said...

wan azizah tidak relevan lagi...

seorang wanita yang menggelar dirinya pemimpin sebaliknya hanya rela dipimpin oleh anwar ke lembah kehinaan...

honestly, martabat kamu amat rendah di mata hat kami! noktah.

Anonymous said...

anwar ibrahim menyokong tindakan israel. noktah.

anwar ibrahim melanggar aspirasi rakyat palestin yang mahu dibebaskan dari kezaliman, penindasan dan pencabulan oleh israel. noktah

anwar ibrahim adalah agen israel dan US yang mahu membuat pertukaran regim di Malaysia. noktah.

anwar ibrahim selama ini tidak memperjuangkan kemajuan dan kesejahteraan Malaysia sebaliknya memperkenalkan retorik politik yang melampau, budaya politik samseng melalui BERSIH, demo jalanan, dan pelbagai lagi provokasi yang mengganggu kesejahteraan rakyat. noktah.

anwar ibrahim juga tidak pernah berusaha memartabatkan Malaysia di mata dunia sebaliknya memburuk-burukkan nama Malaysia, memperkecilkan keupayaan Malaysia, Mendangkalkan Malaysia, Menyeterukan Malaysia dengan negara jiran, menjadikan Malaysia batu loncatan dan 'aset untuk digadaikan' kepada kuasa asing, mempengaruhi para siswa dan siswi agar kecundang dalam pengajian yang natijahnya nanti akan menghancurkan negara kerana kurangnya lapisan rakyat yang berilmu dan berkebolehan untuk menyumbang kepada pemakmuran negara. noktah.

rumusannya....

penyokong anwar ibrahim adalah pengkhianat negara.

penyokong anwar ibrahim adalah pengkhianat bangsa.

penyokong anwar ibrahim adalah pengkhianat agama Islam.

adalah hak kamu untuk menyokong anwar ibrahim, tetapi adakah kamu sedar permainan anwar ibrahim yang 'jelas' dan 'terbukti' melalui perbuatan, percakapan dan perlakuannya yang menajdi proksi kuasa asing?

adakah kamu begitu buta, dungu dan dangkal sehinggakan perkara yang sebegitu jelas pun kamu tidak mampu tafsirkan?

adakah hidayah telah ditarik dari kamu, adakah hati kamu telah ditutup? Allahualam...

UMNO/BN tidak sepi dari kesilapan dan kekhilafan, malahan saya sendiri sering mengutarakan kelemahan UMNO/BN, tetapi dari apa yang kita lihat, hanya UMNO/BN yang masih memperjuangkan kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia atas apapun sebabnya, sebaliknya pembangkang hanya tahu berpolitik, menganjurkan demo jalanan dan segala macam provokasi....

sejujurnya, saya memandang rendah kepada barisan pemimpin pembangkang yang masih gagal membuktikan keupayaan mereka untuk meminpin, sebaliknya hanya tahu berpecah belah, 'isi poket' dan 'cah keting' sesama sendiri....

luahan ikhlas,
RAKYAT MARHEIN YANG DAH PANAS!

Anonymous said...

Tiada satu pun jasa kebaikan anuar brahim yang ada dalam sejarah kempimpinan di Malaysia.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.