Wednesday, February 8, 2012


Dua laporan polis dibuat oleh wakil badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Belia Daerah Setiu (MBDS) dan Belia 4B Bandar Permaisuri berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Permaisuri itu bertujuan untuk memastikan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pemimpin pembangkang itu.

Menurut Pengerusi MBDS, Zokri Othman, kenyataan Anwar semasa ditemu bual oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini amat dikesali kerana ia jelas bertentangan dengan dasar luar Malaysia.

“Ini sebab, dasar luar Malaysia jelas memperlihatkan negara kita menentang kekejaman dan kekerasan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin selama ini.

“Jika Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan Israel semata-mata untuk menjaga karier politiknya ia tidak munasabah sama sekali.

“Justeru itu, rakyat harus sedar dan bijak membuat penilaian tentang pemimpin ini (Anwar) yang sanggup berbuat apa sahaja demi meraih sokongan pihak tertentu,” katanya.

Menurutnya, siasatan secara terperinci wajar dilakukan bagi mengelakkan rakyat terutamanya pengikut setia Anwar terus tertipu dengan agenda yang sering diuar-uarkan oleh beliau.

“Kita tidak mahu keamanan dan ketenteraman negara Malaysia tergugat disebabkan kenyataan itu sehingga menimbulkan satu perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat negara ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Belia 4B Bandar Permaisuri, Marwan Ibrahim berkata, kedua-dua badan NGO yang dianggotai oleh belia memang menentang sekeras-kerasnya usaha yang menjejaskan keselamatan negara Malaysia.

“Walaupun berada di sebuah daerah kecil, suara hati golongan belia di sini rata-ratanya mahu siasatan lanjut dilakukan terhadap Anwar yang diibaratkan pandai berlakon

“Sekiranya betul beliau menyokong usaha melindungi negara Israel jangan terus dibiarkan kerana kita bimbang akan ada lebih banyak agenda yang boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara Islam lain,” katanyasinar

2 comments:

Anonymous said...

wan azizah, jangan tunjuk pura-pura menangis jikalau kau tidak boleh membuat keputusan yang tegas disebalik menyebelahi maksiat suami kau.

Anonymous said...

wan azizah boleh menangis, merayu simpati, dan merapu apa sahaja, hakikatnya keluarga anwar termasuklah wan azizah, nurul izzah dan sekalian kroninya tidak ubah seperti 'puppet' politik, dengan kehidupan yang berorientasikan populariti politik semata-mata!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.