Wednesday, February 1, 2012


Aduh...sedih pula EP tengok video ini...tak habis-habis dengan isu kontroversi..kejap video seks, kejap kes liwat, kejap isu Israel, kejap sokong LBGT, kejap sokong hak kebebasan beragama dan macam macam lagi..semuanya ini dilakukan bagi memuaskan nafsu peribadinya dan juga nafsu politiknya untuk menjadi Perdana Menteri...

 Terbaik..

Kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menyokong semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel bukan sahaja memalukan Malaysia, malahan dunia Islam secara keseluruhan.

Sebagai seorang Islam, seseorang individu itu perlu mengutamakan 'keselamatan' rakyat Palestin terlebih dahulu yang saban hari berhadapan dengan tindakan kejam rejim Zionis. 

Walaupun Anwar menyebut keperluan Israel 'menghormati' aspirasi Palestin ketika dalam satu wawancara baru-baru ini, Ketua Pembangkang itu dilihat condong menyebelahi rejim Zionis apabila menjawab tentang prospek hubungan diplomatik Malaysia -Israel jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti. 

Sebagai bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), kenyataan Anwar itu amat memalukan, tidak bertanggungjawab, hina dan keji. Semua negara Islam mengutuk tindakan Zionis yang hampir setiap hari melakukan penahanan sewenang-wenang terhadap rakyat Palestin.

"Daripada seorang yang konservatif sewaktu memimpin ABIM, Anwar kini dilihat semakin liberal dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan termasuk isu 'gay' semata-mata kerana ingin memenangi hati dunia Barat, seterusnya mengimpikan cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam wawancara itu, Anwar tidak menyatakan secara jelas sama ada berhasrat membuka hubungan diplomatik dengan Israel, apabila hanya memberitahu usaha berkenaan bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin. 

Tidak mustahil Anwar akan menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel jika ditakdirkan menjadi Perdana Menteri pada masa depan. Ini semua kuasa Allah, rakyat kini dapat menilai sikap lidah bercabang dan putar-belit Anwar. 

Sepatutnya setiap umat Islam perlu menyatakan pendirian teguh bahawa Palestin harus menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat tanpa sebarang syarat.

Anwar berdolak-dalih di sini bagi meredakan kemarahan penyokongnya. Seorang 'putar alam' seperti Anwar akan terus berbohong sedangkan segala butiran temuramahnya ada direkodkan.

Anwar juga tidak dapat menahan dirinya daripada 'menjaga keselamatan Israel' setelah negara itu muncul sebagai destinasi pelancongan 'gay' terbaik bagi tahun 2011.

5 comments:

Anonymous said...

sedihnya

Anonymous said...

Ini ka anugerah tuhan yg kak jah bgtau tu? Apsai perangai dah mcm dajai aku tgk ni...

Aryan Brotherhood

Anonymous said...

dah memang dajal pun

Anonymous said...

Dah perangai mcm dajal pun ramai lg yg dok menyokong dia.. semoga allah buka pintu hati pengikut dan penyokong al juburi ni.. jgn sampai anak cucu cicit kita merempat dibumi sendiri..

Aryan Brotherhood

Anonymous said...

selagi geng2 dia dari pas terutama wali selipar dan kuncu2nya mempertahankan aljuburi selagi tu lah penyokong taksub mereka ni tertutup pintu hatinya

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.