Sunday, February 12, 2012


Penceramah bebas, Muhammad Kazim Elias melahirkan kebimbangan beliau mengenai senario semasa yang menunjukkan pemahaman umat Islam tentang agama telah disalah ertikan oleh pemimpin parti politik.

Bercakap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada ceramah Selamatkan Akidah Umat Islam di Padang Kampung Pengkalan Pegoh di sini malam tadi, Muhammad Kazim berkata, parti politik adalah manusia dan pemimpin parti juga bukan rasul atau nabi yang tidak boleh dipertikaikan.

"Tak masuk parti bukan Islam, keluar parti bukan Islam dan kalau tak sokong parti tidak Islam. Apabila ditegur, kena pecat.

"Pemimpin parti bukan rasul. Ketaatan mutlak hanya untuk Allah dan Rasul," katanya pada ceramah yang turut dihadiri bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Penceramah bebas yang popular itu juga menegur pemimpin tertentu yang menghina Nabi Muhammad dalam beberapa perkara termasuk menyamakan baginda dengan kanak-kanak biasa lain semasa belum dilantik menjadi Rasulullah.

Beliau juga kecewa apabila pemimpin tertentu yang menggelarkan diri sebagai ulama mempertikaikan perarakan pada hari Maulidur Rasul kerana ia tidak diamalkan oleh Rasulullah tetapi menggalakkan pengikut mereka pergi ke Perhimpunan Bersih.

Menurut Muhammad Kazim, apa salahnya umat Islam berselawat dan menuju ke masjid dan mereka semuanya menutup aurat semasa perarakan Maulidur Rasul.

Sementara itu, beliau melahirkan kekesalannya apabila difitnah sebagai ahli UMNO dan akan bertanding sebagai calon UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

4 comments:

Anonymous said...

bantai ,jgn tak bantai ajis murtad tu...dAH LAMA KAFIRKAN ORG..MAINYA DLM KEHINAAN..AKU K AKAN MAAFKAN DIA.

Anonymous said...

pok nik tu da sesat fatwa sebab dia merasa dirinya diangkat pencacainya berlebih lebih sangat dia merasa takbur sehinggakan iblis senang mempengaruhi bila manusia ni da riak dan sombong

Anonymous said...

kat kampung aku anak2 muda diajar membenci pemimpin kononnya zalim..tetapi tidak mengajar pula anak2 mereka ke masjid. padahal masjid hanya beberapa ela saja di depan kampung. inikah islam wahai orang2 yg mengaku islam?? waktu maghrib anak2 juak ni melepak ditepi jalan. bapa2 mereka pula lebih memakmurkan surau dari masjid. fikirkanlah wahai saudara2ku..huru hara ini adalah kerana PKR&DAP....bersatulah wahai PAS&UMNO pasti kita lebih kuat dari kafir2 yg muncul utk menjatuhkan islam sebagai agama rasmi Malaysia. semoga ALLAH memberi jalan yg terbaik buat kita...amin!!

Anonymous said...

tak salah berarak mauludil rasul, yg.salah bila kata tak islamik kalau tak berarak dan tak solat zohor sebab penat berarak.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.