HOT : NURUL IZZAH PASTI MENANGIS BILA TENGOK VIDEO IBUNYA INI...



Penulis sentiasa percaya bahawa hidup ini adalah berkenaan membuat pilihan.  Malangnya, membuat pilihan bukanlah semudah itu.  Ramai di antara kita membuat pilihan yang salah di sana sini atau sepanjang hidup kita – mengikut perkiraan kita.  

Sementara kita cuba membuat pilihan yang terbaik, kita tak boleh menafikan soal qada dan qadar.  Ada masanya kita mendapati bahawa pilihan salah yang kita buat beberapa tahun dahulu rupa-rupanya telah membawa kita ke arah yang benar.  Di waktu itu, kita akan tunduk bersujud mensyukuri dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T atas segala-galanya. Tetapi pilihan tetap di tangan kita.  

Kita sebenarnya menerajui hidup kita sendiri dan kita mengawal ke mana arah tujuan kita melalui niat.  Allah akan memutuskan destinasi kita berdasarkan niat kita sendiri. Jika seorang dewasa telah membuat pilihan yang salah, hanya dirinyalah yang boleh dipersalahkan. Dia tidak boleh menyalahkan cara didikannya, keluarganya, kawan-kawannya, persekitaran, undang-undang atau kerajaan.  Dia wajib bertanggungjawab atas pilihan yang dibuatnya. 

Pernah akhbar Sinar Harian di muka depannya memaparkan “Azizah terseksa”, membuatkan penulis merasa jelak. Telah sekian lama kita mendengar kisah penderitaan Wan Azizah dan keluarga.  Politik simpati adalah strategi paling memualkan.  Untuk terus memainkan strategi yang sama selama lebih sepuluh tahun menunjukkan betapa ‘sakitnya’ mereka-mereka ini.  

Wan Azizah harus tahu yang dia punya pilihan untuk menamatkan permainan dan penderitaannya atau untuk terus bermain dan menghadapi satu demi satu penghinaan atas perbuatan suaminya. Anwar boleh memilih untuk bersara apabila bebas dari penjara akibat dari kesalahan teknikal dalam kes liwat pertamanya.  Tetapi dia enggan.  Sebaliknya, dia memilih untuk menggandakan usaha untuk memenangi permainan ini.  

Dia memilih untuk bermain dengan lebih kotor dan lebih jijik lagi. Dan Wan Azizah pula memilih untuk berdiri teguh disampingnya. Wan Azizah boleh memilih untuk mengutip sisa-sisa maruah yang ada dan membina hidup baru selepas suaminya dibebaskan tetapi dia memilih untuk terus bermain dan berharap untuk menjadi wanita pertama Malaysia. 

Dia memilih untuk berlawan sedangkan dia tahu yang dia boleh berundur, bersara, menghilangkan diri dari pandangan umum dan hidup aman tenteram. Jadi, kuncinya ialah dalam perkataan ‘pilih’.  Dia memilih untuk terus menjadi Presiden PKR.  Dia memilih untuk pergi berperang dan di dalam peperangan kita tidak boleh menyalahkan musuh kerana menembak kita. 

Adalah amat tidak bersesuaian bagi seorang Presiden parti untuk merungut kerana tidak tahan menderita diserang oleh musuh – terutamanya apabila partinya sendiri giat menyerang musuh bertubi-tubi. Dalam menyerang balas, tidak sekalipun Wan Azizah berjaya membela suaminya dengan meyakinkan. Lalu, apakah musuh boleh disalahkan jika dia kalah dalam peperangan ini? 

Wan Azizah harus faham bahawa pihak musuh melancarkan serangan dari kedudukan yang kukuh – lengkap dengan bukti dan saksi tetapi dia, keluarganya, partinya hanya menyerang dengan tuduhan, fitnah dan cerita rekaan.  Sebagai seorang pemimpin, Wan Azizah harus tahu kesudahan pertempuran antara “kata-kata” lawan “bukti”.  

Tetapi, malangnya dia berdegil untuk terus menerajui partinya ke arah kekalahan. Justeru, tidak perlu merungut wahai Puan Presiden, kerana anda sendiri yang meminta semua ini berlaku ke atas diri anda.   - Fareed Dawood
HOT : NURUL IZZAH PASTI MENANGIS BILA TENGOK VIDEO IBUNYA INI... HOT : NURUL IZZAH PASTI MENANGIS BILA TENGOK VIDEO IBUNYA INI... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:23 AM Rating: 5

5 comments:

  1. hi..hi...sedih campur gelihati tengok video ni...

    ReplyDelete
  2. aku rasa wan jijah ni mmg dah tau dia mmg dah banyak menipu semua org dan dosa dia dah terlalu banyak sebab selalu menyelamatkan laki dia.. kalau dia jujur dan menerangkan yg benar mungkin dia tak boleh berada diatas dan hidup senang lenang dan disanjungi semua.. sama2lah kita tgk apa yg berlaku dipadang mahsyar nanti..


    Aryan Brotherhood

    ReplyDelete
  3. bersikap benar lebeh baik dari mempertahan yang bathil jam omega mana?

    ReplyDelete
  4. apa yg berlaku adalah sokongan darinya juga...
    selagi dia coverline.. selagitulaa dia akan terus diduga.
    What Goes Around Comes Around

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.