HOT : TAK SALAH KALAU SIANG KERJA SAMPAI PENAT , MALAM BOLEH BALUN GIRLFRIEND"


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, ada pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada PAS sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi EXCO menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat DAP dan PKR yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri.

“Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan girlfriend,” katanya semasa ditemuramah dalam program bual bicara Helo Malaysia BernamaTV di saluran 502 Astro, malam tadi.

Sesi selama satu jam itu dikendalikan bersama Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh dan kolumnis ‘Cuit’ Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan yang juga Penolong Ketua Pengarang akhbar itu.

Ditanya tidakkah beliau mendapat sokongan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam urusan Islam, Hasan berkata: “Saya tidak boleh letakkan percentage (peratus) pada ketua saya, tetapi yang saya boleh katakan dalam hal itu saya tidak dapat sokongan padu daripada atas dan teman EXCO yang lain. Bila hal Islam, memang banyak halangan”.

“Saya digugurkan bukan kerana salah guna kuasa, tidak bermoral, minum atau liwat tetapi saya dipecat kerana hendak tegakkan Islam, martabatkan Melayu dan nak tegakkan institusi raja.
“Jika Putrajaya jatuh ke tangan golongan parasit itu, negara Islam tidak akan dapat ditegakkan kerana ini sudah dibuktikan di Selangor,” katanya.

Hasan berkata, dalam kerajaan PAS Kelantan juga wujud parasit yang dekat dengan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Takkan (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang dan Nik Aziz tidak layak jadi Perdana Menteri? Takkan pasal pakai kopiah tidak boleh jadi Perdana Menteri sedangkan ada banyak pemimpin luar tidak fasih berbahasa Inggeris.

China jadi kuasa ekonomi dalam dunia walaupun tidak pandai cakap orang putih,” katanya. – BERNAMA
HOT : TAK SALAH KALAU SIANG KERJA SAMPAI PENAT , MALAM BOLEH BALUN GIRLFRIEND" HOT : TAK SALAH KALAU SIANG KERJA SAMPAI PENAT , MALAM BOLEH BALUN GIRLFRIEND" Reviewed by Empayar Pemuda on 4:34 PM Rating: 5

6 comments:

  1. Datuk Dr Haron Din sedih dengan keadaan umat Islam PAS yang sanggup mencaci Datuk Hassan Ali hanya kerana beliau mempertahan akidah umat Islam

    ReplyDelete
  2. Cuba tengok mat janggut dalam video ni pulak sapa...

    http://wubra.blogspot.com/2012/02/santai-sabtu-video-pecah-panggung-imam.html

    ReplyDelete
  3. Hasan Ali, kalau nak pertahan akidah tuu... lawan Melayu2 sekular UMNO tu dulu.. kerana dasar2 & budaya jahiliyyah yg diluluskan sebelum ini oleh UMNO lah yang menyuburkan maksiat & murtad!

    Melayu sesat & abaikan ajaran agama Islam bukan kerana PAS, tapi PUNCA SEBENAR ADALAH PARA PEMERINTAH & PEGAWAI MELAYU UMNO!

    ReplyDelete
  4. eleh nak salahkan UMNO plak... woi bangang akai ada ka?? skang ni masalah dlm pas sendiri yang wt taik... nak salahkan org plak... weyh yang kawan ngan syaitan tue sape ckp?? haa?? ape dia?? UMNO?? klu ko ckp UMNO jgak yang salah ko BERSHIT!!! la babuk!!! PR wt taik slah orang... sejahil2 UMNO x de lagi jual agama islam... apa saja bg PAS yang halal jadi haram,yang haram jadi halal... KO MMG SHIT LA PAKATAN HARAM!!!!! khuik!!!! tuih!!!

    ReplyDelete
  5. Wie bila2 dah mampus esok, kau jawab la kpd malaikat bahawa semua kesalahan yng kau lakukan adalah di sebabkan oleh UMNO.

    ReplyDelete
  6. stuju dgn Anonymous...salahkan diri sendiri bila buat silap...jgn jadi lelaki DAYUS...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.